Gimik Peja pulangkan gaji penasihat khas PM tak menjadi, skandal tanah pula diungkit

Oleh Nurul Aisyah

MUNGKIN kerana terlalu kerap muncul dengan “gimik” maka kenyataan Ahmad Faizal Azumu (Peja) untuk memulangkan gaji sebagai penasihat khas perdana menteri selama 11 hari mendapat kritikan dari pelbagai pihak.

Rakyat dilihat tidak teruja dengan kenyataan beliau. Malah mereka mempersoalkan berkenaan skandal tanah di negeri Perak yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Peja pula.

Menurut sumber, pada 20 September 2020, Parti Putra diwakili Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman membuat laporan SPRM berkaitan pendedahan surat yang didakwa berlaku penyalahgunaan kuasa. Surat bertajuk ‘surat karam’ mendedahkan skandal penjualan tanah dan pasir yang didakwa diberikan kepada individu-individu yang dikaitkan dengan Ahmad Faizal.

Janji Peja untuk memulangkan gaji sebagai penasihat khas perdana menteri selama 11 hari dilihat sebagai satu gimik semata-mata. Rakyat dikatakan muak dengan gimik Menteri Belia dan Sukan tersebut. Beliau sepatutnya menolak pelantikan sebagai penasihat khas kepada bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin sejak sari mula lagi kerana saiz pentadbiran yang terlalu besar itu tidak perlu dan membebankan rakyat.

Kini rakyat sedang melihat keupayaan sebenar Peja. Beliau perlu menumpukan masa memastikan portfolio beliau berjaya dari membuang masa melakukan hal-hal remeh seperti mempromosi mi kari yang tiada kena mengena dengan peranan beliau sebagai ahli parlimen dan anggota pentadbiran. Itu antara komen para pengkritik Peja.

Semalam, Peja dilaporkan mahu memulangkan keseluruhan RM27,000 gaji yang diterimanya sebagai penasihat khas perdana menteri selama 11 hari, untuk disumbangkan kepada Tabung Covid-19.

Dia dilantik mengisi jawatan penasihat khas itu pada 5 Ogos, namun hanya sempat bertahan selama 11 hari sebelum Muhyiddin meletakkan jawatan kerana hilang sokongan majoriti di parlimen.

Isu gaji Peja dipersoalkan di parlimen minggu lalu. Ismail Sabri Yaakob mendedahkan jumlah gaji diterima Ahmad Faizal, berjumlah RM27,227.20 yang dibayar secara prorata, memandangkan tempoh perkhidmatan yang singkat. Ia termasuk gantian notis penamatan perkhidmatan sebanyak satu bulan gaji.

Apabila rakyat mula muak dengan gimik-gimik yang remeh temeh maka sudah sampai masanya Peja serius dalam melaksanakan tugas yang disandang. Tidak perlu lagi beliau tampil “review” mee kari.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker