Kata dah taubat, Shuk cari Fara kembali?

Kata dah taubat, Shuk cari Fara kembali?

Rasanya ramai yang pernah terdengar mengenai kisah pergelutan rumah tangga Shuk Sahar disebabkan orang bertiga bernama Fara.

Meskipun dua kali disebut orang ramai, pelawak itu telah memohon maaf dan berjanji akan melakukan yang terbaik buat isteri, Rossalennah Natassyiah dan anak-anak.



Walaubagaimanapun, timbul cerita tidak enak baru-baru ini apabila Fara seperti memberi bayangan bahawa lelaki itu kembali mencarinya.

Daripada Instagram Story yang dimuat naik namun dipadam tak lama kemudian, Fara meluahkan rasa geram kerana sering dicari oleh lelaki berkenaan.

Meskipun tidak menyebut nama, namun klu diberi iaitu ‘pergi tabligh’ sepertinya menunding ke arah Shuk kerana pelawak itu baru-baru ini dikhabarkan ada menyertai acara tabligh.



Daripada susuk badan lelaki misteri itu juga, ramai yang menebak bahawa ia kelihatan sama dengan Shuk.

Walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan lagi mengenai hal ini, sama-sama kita nantikan sekiranya ada perkembangan lanjut.

Semalam dilaporkan seorang wanita membuat laporan polis mendakwa bekas teman lelakinya yang juga seorang pelawak popular tanah air menceroboh kediamannya di sebuah kondominium di daerah ini, kelmarin.

Menurut sumber, wanita berusia 28 tahun yang menjalankan perniagaan online itu mendakwa kejadian berlaku sekitar pukul 7.30 malam ketika dia berada di rumah seorang diri.



Kata dah taubat, Shuk cari Fara kembali?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker