Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Satu klip video memaparkan seorang lelaki ‘berbual-bual’ dengan seekor ular sawa yang kelihatan membelit kakinya menimbulkan rasa kagum netizen baru-baru ini.

Laman Facebook Kisah Mancing Viral dalam satu hantaran berkata, lelaki berkenaan terpijak ular sawa itu ketika memacing di satu lokasi yang dipenuhi semak samun sebelum reptilia itu membelit kakinya.

“Terpijak ular ketika hendak memancing. Dia boleh selamba bercakap dengan ular itu suruh lepas. Boleh tahan ilmu abang ini,” tulisnya dalam kapsyen video berkenaan.

Menerusi video berdurasi 42 saat itu, lelaki tersebut turut kedengaran seolah-olah memujuk ular sawa itu supaya melepaskan kakinya

“Kuatnya lilit kaki aku. Eh lepaslah. Pergi sanalah,” katanya dalam video yang dikongsi lebih 690 kali.

Kebanyakan pengguna media sosial berkenaan memuji tindakan lelaki itu yang tidak mengasari ular sawa berkenaan sebaliknya bertindak melepaskan haiwan itu ke kawasan hutan berhampiran.

“Abang ini berilmu. Dia tahu apa yang dia buat. Ular sawa antara tempat kelemahannya ialah di bahagian leher. Cuba perhatikan betul-betul dari awal video sehingga dia campak ular itu,” ujar Duen Bidor.

“Bagi yang tiada ilmu, jangan dibiarkan sampai ular lilit kemas di celah paha. Bahaya. Di situ ada urat darah besar,” nasihat Omar Hakimi.

“Abang ini ada kemahiran untuk lepaskan lilitan ular. Kalau tidak tahu caranya memang ular itu tidak akan lepas,” komen Bocah Angon.

“Dia buat macam kucing peluk kaki saja. Bagus dia tak bunuh. Kita masuk tempat tinggal ular ini. Tidak perlu tangkap atau jual kerana banyak lagi cara hendak cari rezeki,” komen Syafie. K Online

Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker