Resepi Baby Kailan Masak Bawang Putih & Udang

Resepi Baby Kailan Masak Bawang Putih & Udang. Sedap Sangat!

Anak-anak susah makan sayur? Buat je sayur baby kailan masak bawang putih dan udang ini. Confirm anak-anak makan berselera sampai meratah! Kalau buat sayur ini hari-hari pun tidak akan muak.

Masakan sayur ini juga tidak pahit, rasanya manis-manis dan masin. Bila digigit, tekstur dia sangat rangup!

Nak tahu rasa dia macam mana? Jom cuba buat untuk masak tengahari nanti. Sekali cuba, pasti nak lagi. Semoga bermanfaat!



Bahan-bahan:

[email protected] pokok baby kailan (dicuci bersih)
½ biji lobak merah (dipotong)
6 ulas bawang putih (dicincang)
¼ bawang besar (dihiris)
13-15 ekor udang (saiz sederhana)
1 batang cili merah (dipotong)
Minyak masak (menumis)

Bahan sos campur:

1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar light soy SOS
1 sudu besar SOS ikan
1 sudu besar gula pasr
1 sudu kecil serbuk perasa
**Campurkan kesemua didalam mangkuk



Cara memasak:

Tumis bawang putih sehingga kekuningan dan asingkan ketepi.
Tumiskan bawang merah, masukkan udang dan masak sebentar.
Masukkan baby kailan, lobak merah, cili merah dan sos yang telah dicampur tadi.
Angkat dan taburkan bawang putih yang digoreng tadi.
Siap…

Resepi Nurul Ateekah

Resepi Baby Kailan Masak Bawang Putih & Udang




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Roti Jejari Cheese Gebu

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker