Lelaki meninggal dunia ketika tunggu giliran di JPJ

Lelaki meninggal dunia ketika tunggu giliran di JPJ

Bangi: Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia ketika menunggu giliran untuk berurusan di kaunter Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaidi Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.21 pagi.

“Kami dimaklumkan lelaki berusia 76 tahun berkenaan tidak sedarkan diri ketika berada di kerusi tempat menunggu di kaunter JPJ berkenaan.

“Pihak ambulans yang tiba di lokasi kemudian mengesahkan lelaki berkenaan sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mayat lelaki terbabit dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kajang untuk tindakan lanjut.

“Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi balai polis berhampiran,” katanya. HM

Lelaki meninggal dunia ketika tunggu giliran di JPJ


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


King buat hal lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker