Tak puas hati caj mahal, lelaki tetak peniaga

Tak puas hati caj mahal, lelaki tetak peniaga

Seorang lelaki ditetak oleh anak saudaranya sendiri dengan menggunakan pisau pemotong daging gara-gara tidak berpuas hati dengan caj terlalu mahal yang dikenakan di kedai membaiki motosikal miliknya dalam kejadian di Mersing.

Tindakan ganas itu menyebabkan mangsa yang berusia 61 tahun mengalami kecederaan pada tapak tangan kiri dan paha kanan dalam kejadian kira-kira 6 petang pada Sabtu lalu.

Difahamkan, ia berlaku selepas suspek tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan ketika berurusan di kedai terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Mersing Cyril Edrward Nuing, suspek berusia lingkungan 40-an itu bertindak melarikan diri selepas menetak mangsa.

“Suspek adalah anak saudara mangsa dan dia melarikan diri sejurus kejadian. Akibat kejadian ini, mangsa mengalami kecederaan pada tapak tangan kiri dan paha kanan.

“Mangsa dirawat di Hospital Mersing dan kita menerima laporan kejadian pada jam 6.42 petang,” katanya menurut laporan Kosmo!.

Bagaimanapun, Cyril berkata, berdasarkan maklumat yang diterima pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing akhirnya berjaya menahan suspek di sebuah rumah di Taman Intan Mersing pada hari yang sama. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Tak puas hati caj mahal, lelaki tetak peniaga


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker