Ini tarikh sebenar 413 kematian Covid-19 yang dilaporkan (14 Sept)

Sebaran :

Ini tarikh sebenar 413 kematian Covid-19 yang dilaporkan (14 Sept)

Laman penjejak CovidNow kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 413 kematian direkodkan semalam dan ia merupakan jumlah kedua tertinggi dicatatkan dalam sehari setakat ini.

Kematian itu menjadikan jumlah korban Covid-19 di negara ini bertambah kepada 21,124 orang.

Daripada jumlah yang meninggal dunia itu 176 orang (42.6 peratus) adalah kematian yang berlaku sebelum pesakit dibawa ke hospital.

Lebih separuh daripada kematian yang direkodkan itu sebenarnya berlaku dalam tempoh tujuh hari terakhir. Kematian sebenar bagi tempoh semalam ialah empat orang namun angka itu mungkin berubah kerana lebih banyak kematian Covid-19 dikenal pasti pada masa akan datang dan akan ditambah dengan jumlahnya.

Buat masa ini kadar purata kematian dalam tempoh tujuh hari terakhir (menurut tarikh sebenar kematian) ialah 104 orang dan masih menunjukkan kadar penurunan.

Dengan membandingkan statistik terperinci yang dimuat naik KKM pagi ini dan data semalam, Malaysiakini mendapati lebih separuh kematian sebenarnya berlaku dalam tujuh hari terakhir. Separuh yang lain berlaku lebih awal.

Selain itu, jumlah kematian pada tarikh-tarikh tertentu didapati berkurangan.

Sebagai contoh, data KKM semalam menunjukkan terdapat 15 ‘kematian sebenar’ pada 7 Feb tetapi ia diubah pagi ini kepada 12 kematian.

Sebab pengurangan seperti itu tidak jelas, tetapi KKM sedang dalam proses merombak sistem pelaporan kematian Covid-19 mereka untuk memastikan pelaporan lebih tepat.

Pengurusan berterusan bagi laporan data kematian yang tertunggak juga dijangka menunjukkan ‘lonjakan’ jangka pendek kematian yang dilaporkan untuk minggu ini.

Di peringkat negeri, kebanyakan kematian yang dilaporkan berlaku di Selangor (111) termasuk 84 yang meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital.

Ia diikuti Kedah (54), Johor (52), Sabah (39), Kelantan (36), Pulau Pinang (33), Negeri Sembilan (29), Pahang (15), Melaka (13), Perak (13), Kuala Lumpur (8), Sarawak (5) dan Terengganu (5). Mk

Ini tarikh sebenar 413 kematian Covid-19 yang dilaporkan (14 Sept)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong


Sebaran :

Leave a Reply