Orang Yang Bernazar Adalah Orang Yang Kedekut? Kata Rasulullah s.a.w.

Sebaran :

Orang Yang Bernazar Adalah Orang Yang Kedekut? Kata Rasulullah s.a.w.

Dalam sebuah hadis menyebutkan orang yang bernazar digambarkan sebagai perbuatan orang bakhil kerana seolah-olah ia ingin melakukan kebaikan hanya jika keinginannya dipenuhi. Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Sesungguhnya bernazar itu tidak menolak (mengubah) sesuatu. Tetapi sebenarnya nazar itu mengeluarkan (mendapatkan kebajikan) daripada orang bakhil” HR Bukhari & Muslim

Kisah Hannah, isteri kepada Imraan, yang boleh dijadikan contoh bagaimana dia tetap meneruskan nazarnya walaupun tidak dimakbulkan. Ada pendapat mengatakan bahawa Hannah adalah wanita yang mandul dan ingin memiliki anak.

Oleh itu, dia berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah agar dapat memiliki anak sendiri. Lalu Allah mengabulkan permintaannya itu.

Dalam waktu hamil, Hannah telah bernazar jikalau anaknya itu lelaki, akan dijadikan orang yang soleh dan memakmurkan Baitul Maqdis. Berdasarkan surah Ali ‘Imraan: 35

“(Ingatlah) ketika isteri `Imraan berkata: “Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepada Mu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat, kepada Mu semata- mata), maka terimalah nazarku sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.

Di dalam ayat 36 pula berbunyi,

“Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku perlindungkan dia dengan peliharaan Mu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang di rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)

Setelah mengetahui dia melahirkan anak perempuan yang dinamakannya Maryam, Hannah berasa sangat sedih kerana hajatnya tidak dipenuhi, namun dia tetap juga menunaikan nazarnya.

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, walaupun hajat Hannah untuk mendapatkan anak lelaki tidak kesampaian, namun Allah telah menggantikan hajatnya itu dengan sesuatu yang jauh lebih baik, seorang cucu lelaki yang menjadi nabi Allah, iaitu Nabi Isa a.s.

Hannah tetap juga membayar nazarnya dengan menjadikan Maryam sebagai orang yang memakmurkan Baitul Maqdis
Melalui kisah ini, adakah kita akan tetap meneruskan nazar walaupun permintaan tidak dipenuhi Allah, ataupun adakah kita kedekut dalam melaksanakannya? Jawapannya mudah, bersangka baiklah kepada Allah kerana ianya tidak merugikan dan yakinlah bahawa Allah akan menggantikan sesuatu perkara itu dengan perkara yang jauh lebih baik.

Nazar ubah takdir?

Dalam hadis riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

“Sesungguhnya nazar itu tidak dapat mendekatkan seseorang kepada sesuatu yang ditakdirkan Allah belum akan menjadi miliknya. Tetapi nazar itu sesuai dengan qadar. Dengan nazar dapat dipungut pembayaran dari orang-orang bakhil yang sebelumnya tidak bersedia membayarnya.”

Ada sesetengah orang yang mempercayai bahawa nazar itu boleh mengubah takdir yang bakal menimpa. Ada juga yang mempercayai bahawa nazar boleh menentukan kejayaan kerana menyangka Allah memberi kejayaan semata-mata kerana nazarnya.

Justeru itulah Baginda s.a.w. mengingatkan bahawa nazar tidak dapat mengubah sesuatu atau tidak mendatangkan apa-apa hasil. Nazar juga tidak dapat mengubah takdir kerana nazar mengandungi syarat. Dengan itu sesiapa yang bernazar tidak layak memohon sesuatu, apalagi memohon Allah menolak takdir.

Sesungguhnya nazar itu tidak boleh mengubah takdir melainkan doa. Mengapa doa? Kerana doa itu mampu memberi keyakinan. Kerana doa itu adalah sebuah usaha. Seperti kata-kata hikmah, berdoalah sehebat usahamu, dan berusalah sehebat doamu.

Penebus nazar

Nazar wajib dilaksanakan seperti sabda Nabi s.a.w yang bermaksud,

“Penuhilah nazarmu kerana sesungguhnya tidak ada nazar yang dipenuhi itu berkait dengan maksiat kepada Allah atau memutuskan hubungan silaturahim dan tidak pula terhadap apa yang dimiliki oleh anak Adam.” HR Abu Daud dan Tabarani

“Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh.

Sesiapa yang bernazar wajib menunaikan nazarnya, jika tidak mereka perlu membayar kafarah
Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba.

Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur.” Surah al-Maidah, ayat 89.

Berpandukan kepada ayat di atas, kafarah bagi nazar adalah dengan:

Memberi makan kepada 10 orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa diberikan kepada ahli keluarga.
Memberi pakaian kepada 10 orang miskin.
Memerdekakan seorang hamba.
Mereka yang tidak mampu melakukan ketiga-tiga perkara tersebut, boleh berpuasa selama tiga hari.

Sekiranya seseorang telah bernazar dan lupa akan nazarnya, maka ia tetap wajib membayar kafarah. Sabda Rasulullah yang bermaksud,

“Kafarah nazar adalah kafarah sumpah.” HR Muslim

Adapun kafarah sumpah itu dijelaskan oleh Allah yang bermaksud,

“Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak disengaja (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah yang kamu sengaja, maka kafarahnya (denda pelanggaran sumpah) ialah memberi makan 10 fakir miskin iaitu daripada makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi mereka pakaian atau memerdekakan seorang hamba.” Wallahu a’lam Utv

Orang Yang Bernazar Adalah Orang Yang Kedekut? Kata Rasulullah s.a.w.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


King buat hal lagi


Sebaran :

Leave a Reply