RMK-12: Sabah, Sarawak dapat peruntukan tinggi

RMK-12: Sabah, Sarawak dapat peruntukan tinggi

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.66 bilion bagi negeri Sabah, manakala RM4.47 bilion bagi negeri Sarawak.

Ia sedang disalurkan melalui peruntukan pembangunan di bawah Rolling Plan 1 2021 sebagai sebahagian daripada Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) yang akan dibentangkan di Parlimen pada 27 September ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkannya berkata, peruntukan pembangunan ini merupakan antara yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Ini adalah bukti komitmen tinggi kerajaan ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan penduduk di Sabah dan Sarawak.

”Dengan prinsip ‘Bekerja Bersama Rakyat’, kerajaan akan terus memberi fokus kepada penduduk di Sabah dan Sarawak, agar kemakmuran yang dikecapi pada hari ini dapat dinikmati secara saksama,” katanya ketika berucap sempana sambutan Hari Malaysia ke-58.

Beliau berkata, tumpuan kerajaan pada ketika ini adalah untuk memulihkan sektorsektor ekonomi negara khususnya di Sabah dan Sarawak yang terjejas akibat pandemik.

Selain itu, infrastruktur dan kemudahan asas turut diberi tumpuan dalam memastikan pembangunan mampan dan seimbang merentasi wilayah.

Ismail Sabri berkata, kerajaan memahami keperluan dan kepentingan Keluarga Malaysia terhadap capaian Inernet berkelajuan tinggi dan bagi mencapai hasrat ini, Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2021 hingga 2025 akan diperluaskan lagi.

Sebagai langkah siap siaga negeri Sabah dan Sarawak beralih kepada teknologi 5G, kerajaan memperuntukkan RM7.7 bilion bagi tempoh lima tahun, dengan negeri Sabah diperuntukkan sebanyak RM3.61 bilion, dan Sarawak RM4.09 bilion.

JENDELA menjanjikan liputan serta kemudahan internet lebih baik dan meluas, demi manfaat bersama Keluarga Malaysia khususnya di Negeri di Bawah Bayu dan Bumi Kenyalang.

Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa kerajaan terus komited memperbaiki perkhidmatan jalur lebar di kedua-dua negeri ini.

Perkhidmatan ini akan memberi manfaat kepada 3.8 juta penduduk di Sabah, dan 2.8 juta penduduk di Sarawak.

”Semoga selepas ini, kita tidak lagi mendengar ada Keluarga Malaysia, yang terpaksa memanjat pokok atau bumbung rumah, untuk mencari capaian Internet pada masa akan datang,” katanya. MG

RMK-12: Sabah, Sarawak dapat peruntukan tinggi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker