Staf wanita Pejabat Pos mengamuk gara-gara warga Bangladesh tak ikut SOP [VIDEO]

Staf wanita Pejabat Pos mengamuk gara-gara warga Bangladesh tak ikut SOP. Kehadiran warga asing tanpa penjarakan fizikal di Pejabat Pos Jalan Stesen di sini, hari ini sehingga tular di laman sosial adalah disebabkan bagi mengambil pasport mereka.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi tadi dengan insiden ingkar prosedur operasi standard (SOP) itu dimaklumkan pengurus pejabat pos berkenaan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal terdapat seramai 130 orang telah hadir ke pejabat berkenaan bagi mengambil pasport yang telah siap.

Katanya, ini memandangkan pihak kedutaan Bangladesh telah melantik Pos Malaysia Cawangan Klang sebagai ejen untuk membolehkan warganegara mereka mengambil pasport yang telah diperbaharui.

https://www.youtube.com/watch?v=PsilfzJgVNE

“Sepasukan pematuhan SOP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah hadir di lokasi dan berjaya meredakan keadaan yang tidak terkawal itu.

“Kita akan menugaskan pasukan tersebut di Pos Malaysia Cawangan Klang bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Terdahulu tular video berdurasi 14 saat yang dirakam orang awam memaparkan warga asing itu sedang beratur secara rapat bagi memasuki pejabat pos berkenaan.

Turut kelihatan adalah gelagat seorang wanita yang merupakan kakitangan pejabat pos tersebut memarahi warga asing tersebut dengan rakan lelaki mengarahkan mereka beratur dengan jarak satu meter

Staf wanita Pejabat Pos mengamuk gara-gara warga Bangladesh tak ikut SOP


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Apa punya mangkuk”, kata Mahfuz kepada Hamzah [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker