Pensyarah ditahan SPRM, beri kontrak kepada kakak, abang ipar

Pensyarah ditahan SPRM, beri kontrak kepada kakak, abang ipar. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya menahan seorang pensyarah kanan sebuah universiti awam kerana disyaki menyalah guna kuasa memberi kontrak bernilai kira-kira RM46,000 kepada kakak kandung dan abang iparnya.

Wanita bergelar doktor berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 11 pagi Selasa di Pejabat SPRM Putrajaya.

Kontrak tersebut ialah projek pembekalan barang pejabat dan pembelian serta penyelenggaraan mesin jahit di sebuah jabatan di universiti berkenaan pada tahun 2015 sehingga 2017.

Bagaimanapun, pensyarah berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas selesai memberi keterangan petang Selasa.

Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mohd Anuar Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut, namun enggan mengulas lanjut.

Pensyarah ditahan SPRM, beri kontrak kepada kakak, abang ipar


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


SPRM tahan CEO, 3 pegawai kanan GLC disyaki seleweng dana RM2.2j

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker