Terima Kasih Kerajaan, Pertimbang Moratorium Pinjaman Tanpa Faedah Terakru – Ahmad Maslan

Terima Kasih Kerajaan, Pertimbang Moratorium Pinjaman Tanpa Faedah Terakru – Ahmad Maslan

Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini bertanya sama ada kerajaan berhasrat untuk melaksanakan moratorium bayaran pinjaman tanpa faedah terakru bagi membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Ahmad berkata ini kerana hutang isi rumah di Malaysia mencatatkan angka yang tinggi sehingga mencecah 93.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) malah terus meningkat sebanyak 5.5 peratus.

“Cadangan saya adakah kerajaan bercadang untuk memberi moratorium bayaran pinjaman tanpa faedah terakru kepada rakyat supaya hutang-hutang rumah, kereta yang macam-macam mereka tanggung itu boleh dibantu,” katanya menerusi sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menjawab berkata, kerajaan akan mengkaji perlaksanaan moratorium tanpa faedah tersebut.

Menurutnya, cadangan berkenaan akan dibincangkan bersama Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk melihat tindakan yang boleh dilaksanakan.

”Insya-Allah, kerajaan memahami situasi yang dihadapi rakyat, kerajaan akan bantu sebaik-baiknya,” katanya.

Sementara itu Ahmad yang juga Setiausaha Agung UMNO menerusi ciapan di Twitter merakamkan ucapan terima kasih atas pertimbangan oleh kerajaan demi manfaat kepada rakyat.

Sebelum ini Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki konsisten berharap kerajaan untuk melaksanakan 10 tuntutan rakyat termasuk berkenaan kaedah penawaran moratorium yang dibuat oleh bank-bank agar tidak mengenakan faedah terakru.

Ianya juga merangkumi meluaskan moratorium kepada agensi kerajaan termasuk Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). – UMNO Online

Terima Kasih Kerajaan, Pertimbang Moratorium Pinjaman Tanpa Faedah Terakru – Ahmad Maslan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


King buat hal lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker