Bawa balik pelacur ke rumah, lelaki pukul isteri selepas ditegur

Bawa balik pelacur ke rumah, lelaki pukul isteri selepas ditegur

Seorang pengumpul besi buruk memukul isterinya selepas berang ditegur wanita itu kerana membawa pelacur pulang ke rumah mereka di Taman Sri Sentosa, Klang.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam Sabtu lalu, suspek berusia 58 tahun turut bertindak mengacu sebilah parang ke arah isterinya berusia 60 tahun.



Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli, berkata berdasarkan siasatan awal mangsa dan suspek mendirikan rumah tangga sejak 27 tahun lalu.

Katanya, pada hari kejadian berlaku pertengkaran antara pasangan itu selepas mangsa menegur suspek membawa seorang pelacur ke dalam sebuah bilik di rumah mereka.

“Suspek kemudian mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama pelacur tersebut sebelum lelaki itu naik berang memukul isterinya di bahagian muka.

“Selain itu, suspek juga bertindak mengacu sebilah parang dan membuatkan mangsa melarikan diri kerana bimbang keselamatannya,” katanya menurut laporan Kosmo.



Katanya, mangsa membuat laporan polis pada hari sama dan suspek berjaya ditahan pada 5 petang semalam apabila pulang ke rumahnya.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 21 rekod jenayah lampau termasuk meragut, rompakan bersenjata, menceroboh, mencuri dan dadah.

“Suspek kini direman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dan ugutan jenayah,” katanya. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Bawa balik pelacur ke rumah, lelaki pukul isteri selepas ditegur


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




King buat hal lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker