Tak sempat lari, lelaki maut dihempap balak

Sebaran :

Tak sempat lari, lelaki maut dihempap balak

TAWAU: Seorang lelaki maut dihempap kayu balak ketika cuba membuka ikatan lori yang membawa muatan itu di Kampung Kalabakan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, Musa Baco Tang, 46, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja di premis berkenaan dikatakan sedang membuka ikatan di lori itu.

Bagaimanapun, sebatang kayu balak dari atas lori itu tiba-tiba tergolek dan menghempap mangsa yang tidak sempat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Tawau, Peter Umbuas mengesahkan kejadian itu dan laporan sudah diterima untuk tindakan lanjut.

Katanya, kemalangan itu menjadi perhatian ramai selepas rakaman video yang dipercayai diambil rakan sekerja mangsa tular di media sosial.

Rakaman selama 12 minit itu menunjukkan sebuah jentera berat sedang mengalihkan kayu balak yang menghempap mangsa.

“Hujung minggu, hujung minggu. Astaghfirullahalazim Ya Allah Astaghfirullahalazim,” Itu yang kedengaran dalam rakaman menunjukkan kejadian ngeri itu. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Tak sempat lari, lelaki maut dihempap balak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


King buat hal lagi


Sebaran :

Leave a Reply