5 daripada 2,528 pengunjung Pulau Langkawi dikesan positif Covid-19

5 daripada 2,528 pengunjung Pulau Langkawi dikesan positif Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan lima daripada 2,528 pelancong ke Pulau Langkawi positif Covid-19 hasil ujian RTK-Ag.

Saringan itu dilakukan terhadap 2,546 pengunjung di Pulau Langkawi yang menggunakan pintu masuk udara dan laut.

Manakala, enam lagi yang turut menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum ke lapangan terbang dan didapati negatif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan sejumlah 1,250 individu yang disaring di empat pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 orang melalui feri di Kuala Perlis.

“Baki 12 orang kanak-kanak di bawah enam tahun tidak menjalani ujian Covid-19 dan dibenarkan berlepas bersama keluarga masing-masing.

“Kesemua lima kes yang telah dikesan merupakan kategori satu iaitu tidak bergejala. Kes-kes ini telah diberikan perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) untuk diisolasi bagi tempoh 10 hari,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Noor Hisham berkata, kejayaan Projek Rintis Langkawi sebagai gelembung pelancongan domestik pertama ini sangat penting dalam menentukan hala tuju pembukaan destinasi gelembung pelancongan domestik yang seterusnya.

Katanya, projek rintis itu perlu dilaksanakan dengan berhati-hati bagi memastikan ianya berjalan lancar dan tidak menyebabkan berlakunya peningkatan kes serta kluster baharu.

Atas sebab itu beliau berkata, kerajaan perlu memastikan setiap pelancong yang akan bercuti ke Pulau Langkawi telah menerima vaksinasi lengkap, bukan merupakan kes positif Covid-19 dan bukan kontak rapat kepada kes positif.

“Kejayaan untuk membawa negara keluar daripada kemelut pandemik ini tidak hanya boleh bergantung kepada usaha dan strategi kerajaan semata-mata, sebaliknya perlu didukungi usaha sama oleh semua pihak dan lapisan masyarakat,” ujarnya.

Justeru beliau menasihatkan kepada pengunjung di pulau berkenaan, sekiranya bergejala sama ada semasa tempoh melancong atau setelah pulang dari Pulau Langkawi, untuk segera mendapatkan rawatan awal atau melakukan ujian kendiri bagi membendung penularan Covid-19. MG

5 daripada 2,528 pengunjung Pulau Langkawi dikesan positif Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker