Hilton diboikot, rancang bina hotel atas tanah masjid Uighur dirobohkan

Hilton diboikot, rancang bina hotel atas tanah masjid Uighur dirobohkan

Sekumpulan lebih daripada 40 organisasi hak sivil Muslim-Amerika di Amerika Syarikat mengumumkan kempen untuk memboikot Hilton Worldwide,

Ini berikutan syarikat terbabit dikatakan merancang untuk membina sebuah hotel di atas tanah sebuah masjid Uighur yang diruntuhkan oleh Kerajaan China di Xinjiang.



Bercakap pada sidang media yang diadakan di hadapan ibu pejabat Hilton di Virginia, Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR), sebuah organisasi yang mengetuai pemboikotan tersebut, mengatakan mereka telah “berunding secara tidak langsung” dengan kumpulan hotel berkenaan.

Bagaimanapun permintaan mereka agar kumpulan hotel tersebut membatalkan rancangan pembinaan berkenaan tidak berjaya.

“Hari ini, kami mengumumkan kempen boikot global terhadap Hilton,” kata pengarah eksekutif CAIR Nihad Awad.

“Anda dan saya mempunyai pilihan untuk memilih tempat untuk pergi dalam perjalanan anda atau melakukan perjumpaan perniagaan atau mengadakan acara, perkahwinan atau jamuan makan,” kata Awad.



Hilton merancang untuk membina hotel Hampton Inn di atas tanah masjid di Hotal yang telah dimusnahkan pada tahun 2018.

Awad mengatakan bahawa mereka diberitahu mengenai projek tersebut pada awal bulan Jun.

Pada bulan Julai, sebuah suruhanjaya bi-partisan kongres AS meminta Hilton Worldwide untuk tidak membenarkan nama syarikat itu dikaitkan dengan projek hotel berkenaan.

Awan berkata, pojek pembinaan hotel itu adalah pelanggaran hak asasi manusia yang menyumbang kepada pemusnahan budaya dan kepercayaan masyarakat Uighur.



China telah melakukan kempen yang panjang terhadap penduduk Uighur yang kebanyakannya beragama Islam dengan memisahkan anak-anak dari keluarga dan menghancurkan lokasi keagamaan dan budaya.

Kira-kira 16,000 masjid di 900 lokasi Xinjiang dimusnahkan sebahagian atau sepenuhnya antara 2017 dan 2020, menurut penyelidikan Institut Dasar Strategik Australia.

Kempen merobohkan masjid disahkan oleh laporan di lapangan melalui foto satelit.

Pegawai di Beijing memberitahu agensi berita Reuters awal tahun ini bahawa tidak ada tempat keagamaan di Xinjiang yang dimusnahkan secara paksa atau dihalang dan mengundang mereka untuk mengunjungi kawasan tersebut.



Dalam laporan pada bulan Ramadhan lalu, kebanyakan masjid yang dikunjungi wartawan Reuters telah dirobohkan sebahagian atau sepenuhnya, kata agensi itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan hak asasi menganggarkan bahawa satu juta Uighur dan etnik minoriti lain ditahan di kem di Xinjiang. di mana mereka telah diminta untuk bekerja.

China pada awalnya menolak kewujudan kem tersebut, tetapi kemudian mengatakan bahawa mereka ia adalah pusat vokasional yang dirancang untuk memerangi ekstremisme. SM

Hilton diboikot, rancang bina hotel atas tanah masjid Uighur dirobohkan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker