Ronaldo ditipu ejen pelancongan

Ronaldo ditipu ejen pelancongan

PORTO: Seorang ejen pelancongan memperdaya penyerang Manchester United Cristiano Ronaldo hampir 250,000 pound (RM1.43 juta) selepas pemain itu mempercayainya dengan memberikan kod pin kad kreditnya.

Maria Silva, 53, turut memperdaya ejen pemain itu Jorge Mendes dan bekas pemain Manchester United Nani.

Mahkamah Porto menjatuhkan hukuman empat tahun penjara ke atas wanita berkenaan selepas dia mengaku melakukan penipuan itu.

Silva melakukan penipuan dengan meminta pelanggan memindahkan wang untuk perjalanan yang diaturnya ke akaun peribadinya, bukan ke akaun syarikat pelancongan yang diwakilinya.

Dia menggunakan kaedah sama untuk menipu Jorge Mendes, agensinya Gestifute, Nani dan bekas pemain Portsmouth serta Everton Manuel Fernandes.

Agensi pelancongan di mana Silva bekerja, Geostar dikatakan memulangkan kembali wang kepada mangsa dengan Silva bersetuju untuk membayar semula wang kepada bekas majikannya bagi mengelak dipenjarakan. BH

Ronaldo ditipu ejen pelancongan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker