Dulu tak boleh bawah kerajaan lama, kini boleh – Najib

Sebaran :

Dulu tak boleh bawah kerajaan lama, kini boleh – Najib

Najib Razak berkata, langkah untuk menaikkan had statutori hutang negara boleh dielakkan oleh Malaysia.

Namun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ‘separuh masak’ yang berpanjangan menyebabkan sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalah Bajet 2021 dipotong separuh daripada 7.0% kepada 3.5%.

Manakala defisit bajet terpaksa dinaikkan dua kali.

Bekas perdana menteri itu berkata, tapi itu semua sudah berlaku dan menjadi sejarah kegagalan.

“Yang paling penting sekarang ialah bantu rakyat serta perniagaan supaya ekonomi boleh bergerak dan memulih secepat mungkin. Lepas pulih, baru fokus untuk turunkan semula nisbah hutang ke paras ke paras 48% seperti sebelum PRU-14,” katanya.

Beliau mengulas cadangan kerajaan untuk meningkatkan had siling Kumpulan Wang COVID-19 daripada RM65 bilion ketika ini kepada RM110 bilion serta had statutori hutang negara adalah bertujuan untuk menyokong rakyat dan perniagaan apabila ekonomi negara dibuka semula sepenuhnya.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peningkatan had siling dan had statutori hutang negara yang baharu itu akan dibuat sejurus menerima kelulusan Parlimen.

“Dengan kelulusan jemaah menteri kita tingkatkan (had siling) Kumpulan Wang COVID-19 daripada siling perbelanjaan RM65 billion kepada RM110 billion manakala had statutori hutang negara akan dinaikkan daripada 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 65 peratus,” katanya pada program terbitan RTM, hari ini.

Sebelum ini, Najib pernah berkata, sekiranya menghargai nyawa manusia, sayang pada rakyat serta negara dan menghormati undang-undang, kerajaan Perikatan Nasional sepatutnya membawa usul ke parlimen untuk menaikkan had hutang kepada KDNK.

Dengan ini kerajaan boleh meminjam lebih untuk bantu rakyat secara sementara dan tidak melanggar had hutang yang ditetapkan oleh Parlimen.

Kata beliau, inilah sebab satu persatu hospital perlu minta pihak swasta untuk sumbang kontena untuk simpan mayat, hospital-hospital kerajaan tak cukup oxygen concentrators dan kerajaan tidak mampu lebih membantu rakyat untuk hadapi ‘lockdown’ yang amat ketat untuk 14 hari sahaja bagi meredakan keadaan Covid-19 yang sudah menjadi antara paling parah dalam dunia.

“Masa PRU-14, kerajaan BN telah berjaya turunkan nisbah hutang ini ke 48.7% – jauh di bawah had 55% yang ditetapkan. Tetapi dinaikkan sampai 54.4% semule masa kerajaan PH tumbang,” katanya menerusi satu catatan di facebooknya.

“Lalu kerajaan PN berjaya luluskan usul dalam Dewan untuk naikkan had 55% ini ke 60% untuk membuka ruang kewangan untuk lebih membantu Rakyat.Namun had ini telah dicecah kerajaan PN,” katanya.

Sementara itu Najib lega kerana kerajaan memberi bantuan PPC kepada golongan B40 untuk membeli peralatan pencegahan Covid-19.

Beliau pernah membangkitkan perkara ini dulu.

Dulu tak boleh bawah kerajaan lama, kini boleh – Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual


Sebaran :

Leave a Reply