Pulau Pinang dipajak dari Kedah – Sanusi ingatkan

Pulau Pinang dipajak dari Kedah – Sanusi ingatkan

ALOR STAR: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini, ‘hangat’ apabila Menteri Besar, Muhamad Sanusi Md Nor mengingatkan bahawa Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak dari Kedah.

Sanusi (PAS-Jeneri) berkata, beliau faham mengenai kebimbangan Pulau Pinang terhadap beberapa projek mega diumumkan Kedah, yang didakwa bakal memberi saingan kepada negeri jiran itu.



Tegasnya, sejarah bahawa Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak dari Kedah perlu sentiasa diingat dengan Pulau Pinang tidak sepatutnya masuk campur dan menegur urusan pentadbiran kerajaan negeri.

“Pulau Pinang bukan negeri yang wujud dengan sendirinya, dalam sejarah Malaysia ada dimaklumkan bahawa Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak dari Kedah.

“Jangan pula kita pajak tanah orang, kemudian kita marah pula kepada tuan tanah yang kita pajak itu. Itu tidak patut,” katanya menjawab soalan tambahan Mohd Azam Abd Samat (PAS-Sungai Limau) yang ingin mengetahui mengenai strategi kerajaan negeri dalam menangani rasa cemburu negeri jiran susulan pengumuman beberapa projek berimpak tinggi.

Sanusi berkata, bagaimanapun sebagai jiran yang baik, kerajaan negeri memberi jaminan Pulau Pinang akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan tidak perlu bersaing dengan Kedah.



Jelasnya, sebagai contoh projek pembinaan Lapangan Terbang Kulim (KXP) dibina dengan tujuan menjadi pelengkap kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

“Semua pihak mengetahui usaha untuk menaik taraf LTAPP tidak dapat dibuat sepenuhnya kerana faktor kekangan tanah yang dialaminya. Jadi KXP ini akan menjadi pelengkap kepada LTAPP dan bukannya pesaing kepada Pulau Pinang.

“Disebabkan itu, kita akan kekal berbuat kebaikan supaya negeri jiran berasa selamat kerana di dalam Islam, inilah yang dianjurkan kepada umatnya,” katanya.

Terdahulu, Sanusi menjawab soalan lisan Mohd Azam yang bertanya mengenai status projek berimpak tinggi Kedah iaitu KXP, Bandar Getah Kedah (KRC), Taman Teknologi dan Sains Kedah dan Hab Logistik, Pengeluaran dan Aeroangkasa Sidam (SLAM).



Beliau berkata, kesemua projek berimpak tinggi itu akan membawa perubahan besar kepada Kedah selain berupaya mengubah landskap ekonomi negerisecara lebih meluas. BH

Pulau Pinang dipajak dari Kedah – Sanusi ingatkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker