Percutian ‘daring’ Nora tamat, buka semula ruangan komen IG
Percutian ‘daring’ Nora tamat, buka semula ruangan komen IG
Selepas menutup ruangan komen akibat kecam hangat netizen menerusi aksi ‘daring’ sewaktu bercuti di pulau peranginan Langkawi, pelakon Nora Danish kembali menerima masuk komen orang ramai dalam Instagramnya (IG).
Nora atau nama lengkapnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 39, bagaimanapun terus menerima kecaman netizen biarpun cuba meneruskan kehidupan seperti biasa.
Berkongsi sekeping foto bersama suami, Nedim Nazri , Nora berlepas pulang meninggalkan pulau Langkawi selepas beberapa hari percutian.
Seorang pengguna Instagram menulis: “Ingat nak tutup komen sampai Pak Jamil mampus. Artis sekarang entah apa-apa perangai.”
Nora terdahulu menulis kapsyen pada foto berkenaan berbunyi: “Bye LGK, insya-Allah, we will be back (kami akan kembali).
Pelakon yang cukup dikenali menerusi drama Puteri itu mula menutup ruangan komen Instagram susulan luahan ramai berhubung berpenampilan seksinya bersama suami dan teman rapat di Langkawi sepanjang empat hari berada di sana.
Pada 16 September lalu, Kosmo! Online melaporkan, ketika ramai yang masih dihantui rasa takut untuk melancong, Nora menjadi antara selebriti selamat tiba di lokasi peranginan terkenal tersebut.
Percutian pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri itu turut disertai suaminya, Nedim Nazri Aziz dan anak bongsunya, Mohamed Neqayl Nedim.
Nora sekeluarga berangkat ke Pulau Langkawi dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah 16 September lalu dan mendaftar masuk ke sebuah hotel terkemuka di sana. K Online
Percutian ‘daring’ Nora tamat, buka semula ruangan komen IG
Baca Artikel Menarik :
- Gimik Peja pulangkan gaji penasihat khas PM tak menjadi, skandal tanah pula diungkit
- LGBT digantung di Malaysia, dakwa pelarian Malaysia
- Sajat ditahan imigresen Thailand, bersembunyi di Bangkok
- Resepi gulai kambing bawang goreng Penang
- Kata dah taubat, Shuk cari Fara kembali?
- Pegawai SPRM curi barang kes USD6 juta?
- Frontliners bantu pesakit ucap syahadah (Video)
- Tak Mandi Situ Tapi Sungai Hulu Yam Baharu Tempat Buang Makhluk Halus?
- ‘Road to’ buka sempadan negeri
- Nazri puji Nurul Izzah, sifatkan Syed Saddiq gagal
- Dulu tak boleh bawah kerajaan lama, kini boleh – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU
Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib