Adakah kamu sekat Nga pengerusikan sidang Dewan Rakyat, Gobind cabar Azmin

Sebaran :

Adakah kamu sekat Nga pengerusikan sidang Dewan Rakyat, Gobind cabar Azmin

Gobind Singh Deo (PH-Puchong) mencabar Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali untuk menjawab sama ada benar atau tidak beliau menghalang Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) daripada mempengerusikan sesi persidangan Dewan Rakyat semalam.

Gobind berkata demikian selepas dilaporkan Nga telah diundang, secara bertulis, untuk mempengerusikan sidang itu oleh speaker Dewan Rakyat Azhar Harun semalam tetapi didakwa telah dihalang oleh seorang “menteri kanan Kabinet”.

“Saya mencabar Ahli Parlimen Gombak adakah beliau menteri kanan tersebut, berdiri dan bangun jawab soalan itu sekarang kalau berani. sebagai menteri kanan bangun dan jawab,” katanya di Dewan Rakyat.



Azmin kemudian bangun dan berkata: “Saya berani kerana ikut peraturan, ini sesi soal jawab,” katanya.

Timbalan speaker Mohd Rashid Hasnon kemudian mematikan mikrofon Azmin dan Gobind dan meminta Gobind meneruskan sesi pertanyaan.

“Saya tidak benarkan sesi untuk perbahasan ini,” kata Rashid.

Terdahulu, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) meminta Dewan Rakyat mendedahkan siapa menteri kanan yang menghalang Nga untuk mempengerusikan Dewan Rakyat semalam.



Katanya, perbuatan itu sangat memalukan dan telah menyalahgunakan kuasanya.

“Saya ingin tahu dan minta penjelasan, siapakah menteri kanan yang telah masuk campur dan salah guna kuasa.

“Di mana mengikut satu laporan, ada seorang menteri kanan telah sekat speaker Dewan Rakyat daripada mengundang Nga (Teluk Intan) sebagai speaker semalam,” katanya. FMT

Adakah kamu sekat Nga pengerusikan sidang Dewan Rakyat, Gobind cabar Azmin




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib


Sebaran :

Leave a Reply