Kemasukan lepasan diploma politeknik ke IPT meningkat lima peratus

Sebaran :

Kemasukan lepasan diploma politeknik ke IPT meningkat lima peratus

Kemasukan pelajar lepasan diploma dari politeknik ke program institusi pengajian tinggi (IPT) negara meningkat sebanyak lima peratus pada sesi akademik 2021-2022 iaitu daripada 4,445 kepada 5,103 pelajar.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, jumlah tersebut adalah 67 peratus daripada 7,652 graduan politeknik yang memohon untuk kemasukan ke IPT pada sesi tersebut.

“Bilangan ini menunjukkan peningkatan sebanyak lima peratus peratus berbanding 4,445 (layak ke IPT) daripada 7,175 calon yang memohon pada sesi akademi 2020-2021,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Sivakumar Varatharaju Naidu (PH-Batu Gajah) mengenai peluang pendidikan tinggi yang disediakan terutamanya ke universiti awam bagi lepasan diploma daripada politeknik tempatan.

Mengulas mengenai faktor penolakan terhadap calon lepasan politeknik yang memohon untuk meneruskan pengajian ke IPT, Noraini berkata, ia antaranya disebabkan persaingan yang sengit antara calon, gagal ketika sesi temu duga, pemilihan program yang kompetitif dan tawaran tempat yang terhad bagi sesuatu program.

Pada masa sama, beliau berkata, KPT akan akan memperluaskan penawaran program ijazah sarjana muda di politeknik melalui work based learning (WBL) di Politeknik Premier yang ada di seluruh negara. Sinar

Kemasukan lepasan diploma politeknik ke IPT meningkat lima peratus


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib


Sebaran :

Leave a Reply