Kerajaan Negeri Selangor Bijak Beretorik, Bukti Kegagalan Pakatan Harapan – Rizam Ismail

Sebaran :

Kerajaan Negeri Selangor Bijak Beretorik, Bukti Kegagalan Pakatan Harapan – Rizam Ismail

Kegagalan Pakatan Harapan (PH) dapat dilihat berdasarkan corak pentadbiran kepimpinannya di negeri Selangor, kata Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Datuk Rizam Ismail.

Jelas beliau ini kerana kerajaan negeri hanya bijak bermain retorik di atas kertas namun dari sudut pengurusan ianya tidak berada pada prestasi yang secukupnya.

“Kalau kita hendak lihat kegagalan kerajaan PH, kita tidak boleh mengukur di peringkat Persekutuan kerana mereka hanya mentadbir lebih kurang dalam 22 bulan tetapi lihat di Selangor.

“Daripada segi mengurus aset, mereka ini hanya ghairah membuat inisiatif kepada rakyat yang boleh dikatakan sebagai gula-gula kepada rakyat yang hari ini penerimanya pun sudah berkurangan.

“Saya nampak pada ketika itu sumbernya adalah premium tanah tetapi dari segi pelaburan ekonomi tak memberangsangkan sebab itu bila mana tanah sudah semakin berkurangan di negeri Selangor pendapatan kerajaan negeri dah jauh berkurangan,” katanya pada Segmen Terus Terang siaran langsung di Facebook UMNO Online, malam tadi.

Jelas beliau, kerajaan negeri ketika ini tidak ada sumber lain menyebabkan mereka terpaksa menjual beberapa aset yang dimiliki untuk mengurangkan bebanan pengurusan.

Sementara itu Rizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tawar berkata kerajaan di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari juga gagal menggunakan aset kerajaan negeri untuk dimanfaatkan ketika negeri itu bergelut berhadapan dengan COVID-19.

“Ada beberapa aset kerajaan negeri yang dilihat tidak terurus yang sepatutnya diperbaiki waktu ketika ini dan perlu digazetkan sebagai tempat kuarantin kepada mereka yang positif COVID-19.

“Negeri Selangor sendiri ada Institut Latihan Dan Dakwah Selangor yang dahulu dibelanjakan puluhan juta untuk membinanya, kita juga ada Institut Latihan Jati Diri Selangor yang hari ini bangunan itu terbengkalai tidak dapat diurus dengan baik lepas itu kita ada bangunan Hay Resort yang dalam keadaan cantik dahulu ianya hotel tetapi kini usang dan lusuh.

“Sepatutnya kerajaan negeri memperbaiki bangunan-bangunan seperti ini untuk digazetkan sebagai pusat kuarantin tetapi mereka sukar untuk menerima, ini menunjukkan kegagalan kerajaan negeri jelas dari sudut mengurus aset,” ujar beliau. – UMNO Online

Kerajaan Negeri Selangor Bijak Beretorik, Bukti Kegagalan Pakatan Harapan – Rizam Ismail


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Hanif Omar mohon maaf kepada Kit Siang

Bencana di Gunung Jerai takdir Allah – Takiyuddin


Sebaran :

Leave a Reply