Bencana di Gunung Jerai takdir Allah – Takiyuddin

Sebaran :

Bencana di Gunung Jerai takdir Allah – Takiyuddin

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan memberitahu Dewan Rakyat bahawa bencana kepala air di kawasan sekitar Gunung Jerai, Yan baru-baru ini sebagai takdir Allah.

“Kita amat dukacita dengan bencana yang berlaku.

“This is an act of god. Satu takdir Allah,” katanya ketika sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, pagi tadi.

Dia menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sabri Azit (Jerai) mengenai kerosakan jalan-jalan ke Gunung Jerai yang masih tidak selamat.

‘Bagaimana kamu tahu, soal Anwar’

Bagaimanapun, ketua pembangkang Anwar Ibrahim (Port Dickson) tidak puas hati dengan jawapan Takiyuddin itu.

“Masalah alam sekitar ini jangan salahkan tuhan. Ini pun masalah mantan menteri kerja raya dulu. Bila ada kerobohan, (jawab) perbuatan tuhan.

“Bagaimana kamu tahu perbuatan tuhan, bila manusia itu rakus dan merosakkan balak,” katanya.

Namun, Takiyuddin menafikan terdapat aktiviti pembalakan di kawasan sekitar.

“Jerai ini ialah satu kawasan yang telah diisytihar sebagai National Geo Park of Jerai. Atas status ini aktiviti pembalakan memang tidak dijalankan di kawasan itu.

“Jerai terletak di dalam Hutan Simpan Ulu Muda yang keluasannya 106,000 hektar yang mana 12%, iaitu 12,270 hektar merupakan kawasan perlindungan… 80% boleh diusaha hasil.

“Namun, saya mendapat pengesahan daripada kerajaan Kedah, sejak kebelakangan ini terutamanya tiga tahun kemudian, ia diputuskan tidak diberi lesen usaha hasil walaupun sejak 2014 hingga 2019 sebanyak 25,000 hektar telah diluluskan lesen untuk membalak di dalam HKS Kedah tapi hutan kekal tidak dibalak langsung,” katanya.

Katanya, perkara itu boleh dilihat daripada kesan banjir apabila batang yang dihanyutkan bersekali dengan akarnya.

“Ini menunjukkan tiada pembalakan di kawasan Jerai. Ini sebutnya takdir Allah. Perbuatan Tuhan,” tambahnya.

Pada 18 Ogos, fenomena kepala air secara mengejut di kawasan sekitar Gunung Jerai menyebabkan banjir meragut empat nyawa.

Antara lokasi terlibat ialah kawasan di kaki gunung dan kawasan berhampiran sungai iaitu Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi.

Beberapa NGO menggesa kerajaan Kedah mengadakan siasatan awam bebas bagi memahami punca sebenar bencana itu berlaku, susulan dakwaan kegiatan pembalakan.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor juga menafikan terdapat sebarang aktiviti pembalakan di kawasan tersebut.
Mk

Bencana di Gunung Jerai takdir Allah – Takiyuddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual


Sebaran :

Leave a Reply