Lelaki maut dilanggar keretapi

Lelaki maut dilanggar keretapi

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki ditemukan maut selepas dilanggar keretapi dalam kejadian di Kilometer 4.5 landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad Kawasan Perusahaan Perai berhampiran Kampung Jawa di sini pada Ahad malam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.20 malam selepas pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian terbabit.



Menurutnya, sepasukan anggota ke lokasi kejadian sebelum menemui mayat seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40-an dalam keadaan cedera parah.

“Siasatan dilakukan mendapati mangsa disyaki dilanggar keretapi dari arah Butterworth menghala Bukit Mertajam.

“Mangsa yang disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Shafee berkata, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).



Dalam pada itu, Shafee mengingatkan orang ramai agar tidak menceroboh kawasan landasan keretapi kerana ia boleh membahayakan nyawa selain berlaku kerosakan harta benda. Sinar

Lelaki maut dilanggar keretapi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker