Eksekutif pemasaran pandu lawan arus di lebuh raya didakwa bunuh 2 remaja

Eksekutif pemasaran pandu lawan arus di lebuh raya didakwa bunuh 2 remaja

Seorang eksekutif pemasaran berusia 24 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh dua remaja di Lebuhraya Persekutuan lapan hari lalu.

K Devaaswin dituduh membunuh Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, dan Nur Afiqah Abdul Karm, 18 di KM8.6 lebuh raya berkenaan pada kira-kira 1.50 pagi, 12 Sept.

Tiada pengakuan direkodkan di hadapan majistret Nur Faizah Abdul Sani memandangkan mahkamah berkenaan tiada bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan itu yang membawa hukuman mati.

Kes dijangka dibicarakan di Mahkamah Tinggi kelak.

Faizah menetapkan sebutan kes pada 21 Okt sementara menunggu laporan bedah siasat, kimia dan Puspakom.

Tertuduh diwakili peguam R Pushpa and K Tanuja, sementara pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar.

Dua remaja terbunuh setelah kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pikap yang dipandu melawan arus di Lebuhraya Persekutuan pada 12 Sept.
Pushpa berkata, anak guamnya akan direman di penjara memandangkan ini adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin.

“Bagaimanapun, saya telah memaklumkan kepada majistret bahawa Devaaswin akan dirujuk kepada doktor kerana dia tidak sihat,” katanya kepada pemberita selepas prosiding.

Terdahulu dilaporkan dua remaja terbunuh setelah kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pikap yang dipandu melawan arus di Lebuhraya Persekutuan.

Pemandu kenderaan pikap berkenaan disyaki khayal dadah.

Mangsa-mangsa, iaitu seorang gadis berusia 18 tahun yang memandu dan penumpang lelakinya berusia 19 tahun, sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Klang.

Beberapa klip video kejadian itu yang dirakam pengguna jalan raya lain disebarkan di media sosial semalam. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Eksekutif pemasaran pandu lawan arus di lebuh raya didakwa bunuh 2 remaja


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker