Hanif Omar mohon maaf kepada Kit Siang

Bekas IGP Hanif Omar mohon maaf kepada Kit Siang

Bekas Ketua Polis Negara (IGP) Mohammed Hanif Omar hari ini memohon maaf di mahkamah terbuka untuk menyelesaikan saman fitnah terhadapnya oleh veteran DAP Lim Kit Siang.

Akhbar Sinar Harian juga bersetuju untuk menerbitkan permohonan maaf bertulis kepada Lim berhubung penyiaran kenyataan Hanif dalam dua artikel yang diterbitkan pada September 2018.

Lim mengemukakan tuntutan saman fitnah pada 19 Oktober 2018, ke atas Hanif berhubung kenyataannya yang mengaitkan penahanan Lim dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Sinar kemudiannya dinamakan sebagai defendan kedua dalam saman Lim berhubung dengan artikel ‘Tun Hanif buat pendedahan DAP, PAS’ dan ‘Hanif Omar tak nyanyuk’, masing-masing diterbitkan pada 6 dan 11 September 2018.

Peguam Lim, Sangeet Kaur Deo mengesahkan bahawa perintah persetujuan untuk menyelesaikan saman itu direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Quay Chew Soon pagi ini.

Menurut salinan draf perintah persetujuan yang dibekalkan untuk media hari ini, Hanif memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuatnya terhadap Lim, di Konvensyen Keramah Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 6 September 2018.

“Dengan ini saya mmohon maaf berhubung kenyataan yang saya buat ke atas Lim Kit Siang semasa Konvensyen Keramah Bangsa di UiTM pada 6 September 2018. Saya menarik balik semua kenyataan saya tanpa syarat.

“Saya mengesahkan bahawa penangkapan Lim Kit Siang pada tahun 1969 bukan atas dasar bahawa dia menuntut agar Malaysia dibahagikan atau dipisahkan berdasarkan garis perkauman dan selanjutnya mengesahkan bahawa dia tidak pernah mencadangkan sedemikian,” kata Hanif dalam permohonan maaf itu. Mk

Hanif Omar mohon maaf kepada Kit Siang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker