Bersedia hadapi peralihan monsun

Sebaran :

Bersedia hadapi peralihan monsun

Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan bersedia menghadapi fasa peralihan angin monsun yang dijangka bermula pada 24 September ini dan berterusan sehingga awal November.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (Met Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah, berkata permulaan fasa itu menandakan bermulanya Monsun Timur Laut dan berakhirnya Monsun Barat Daya sejak 19 Mei lalu.

“Ketika fasa peralihan monsun, negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang boleh menyebabkan kejadian ribut petir dan lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

“Kejadian ini dijangka berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhammad Helmi berkata, keadaan cuaca itu berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Justeru katanya, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh berkenaan dan sentiasa peka dengan ramalan serta amaran cuaca dikeluarkan Met Malaysia.

“Ramalan dan amaran cuaca boleh dilihat di laman web rasmi Met Malaysia, aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi jabatan,” katanya. BH

Bersedia hadapi peralihan monsun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib


Sebaran :

Leave a Reply