Majlis Pemulihan Negara Gagal Kawal Harga Ayam

Oleh Nurul Aisyah

SEMUA rakyat ragu-ragu apabila Muhyiddin Yassin menerajui Majlis Pemulihan Negara (MPN) sekali lagi memandangkan beliau adalah individu yang bertanggungjawab “menyebabkan kekalahan kita dalam perang melawan wabak Covid-19”.

Kini rakyat tertekan dengan harga ayam yang melambung terlalu tinggi. Dan kerajaan dilihat gagal mengawal harga ayam atau lebih tepat lagi MPN yang diterajui Muhyiddin gagal menangani harga ayam (krisis negara). Wujudkan Majlis Pemulihan Ekonomi untuk apa kalau isu harga ayam dan keperluan rakyat tidak mampu diselesaikan?



Katanya anggota majlis itu bukan sembarangan hebat, Prof ada, konglomerat ada dan pakar ekonomi pun ada tapi harga ayam pun gagal ditangani.

Asas ekonomi berkembang dalam sesebuah negara apabila di peringkat domestik berlaku pergerakan ekonomi domestik yang ‘laju’, kitaran aliran wang berlaku banyak dan pantas. Kalau isu harga keperluan perut rakyat terhenti kerana harga tidak masuk akal, bagaimana ekonomi negara nak melonjak dengan cepat?

Bagi mengatasi masalah ini, tiga kementerian pula terpaksa kaji, hanya untuk menstabilkan harga ayam? MPN tidak mampu menyelesaikan isu ini.



Memetik sumber, Datuk Seri Najib lega akhirnya kerajaan akan sasar dan menyelesaikan punca utama kenaikan harga dan kekurangan bekalan ayam iaitu harga dedak yang naik berganda sejak tahun lepas.

Cara lama iaitu untuk mengenakan kawalan harga maksima ke atas ayam tidak akan menyelesaikan masalah dan hanya akan menyebabkan kekurangan bekalan ayam sebab siapa yang nak ternak jika terpaksa menjual pada harga yang lebih rendah berbanding harga pengeluaran?

Beliau juga berharap selepas ini, harga ayam akan lebih stabil dan rendah sebab ianya merupakan makanan asas bagi sebahagian besar Rakyat pada ketika pendapatan masih terjejas akibat Covid.

Justeru kata beliau lagi, komitmen Kementerian Kewangan (MOF) untuk mencari kaedah terbaik bagi menstabilkan harga ayam di pasaran, termasuk melihat sama ada sistem subsidi kepada penternak perlu dilaksanakan, sebagai jalan terbaik dalam menstabilkan harga makanan asas berkenaan.



“Dulu tak boleh bawah kerajaan lama, kini boleh. Akhirnya kerajaan akan sasar dan menyelesaikan punca utama kenaikan harga dan kekurangan bekalan ayam, iaitu harga dedak yang naik berganda sejak tahun lepas.

“Harap selepas ini, harga ayam akan lebih stabil dan rendah sebab ia merupakan makanan asas bagi sebahagian besar rakyat pada ketika pendapatan masih terjejas akibat Covid-19,” kata DSN dalam catatan di Facebook.

Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bercadang melaksanakan sistem subsidi kepada pengusaha ladang ayam terbesar bagi mengawal kenaikan harga ayam di seluruh negara.

Timbalan Menterinya Rosol Wahid dilaporkan berkata, subsidi harga itu akan diberikan kepada 20 pengusaha ladang ayam di tiga negeri, iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Perak yang mengeluarkan 80% bekalan ke seluruh negara.



Kenaikan harga ayam dikenal pasti berpunca daripada beberapa faktor termasuk harga makanan ayam yang dikatakan meningkat -(komponen makanan ayam seperti jagung dan soya) diimport dari luar negara.

Purata harga ayam yang dijual di pasar basah sejak kenaikan harga bermula awal bulan ini ialah RM9 hingga RM10.50 sekilogram (kg), manakala harga paling tinggi dijual ialah RM11/kg.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker