Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa

Sebaran :

Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa

Bukit Aman sedang menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penggunaan dokumen palsu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), susulan laporan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

“Siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman. Sila berhubung dengan pihak Bukit Aman,” kata Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai kepada FMT.

Najib membuat laporan polis awal bulan ini, selepas menerima maklumat dan “bukti kukuh” bahawa pegawai yang terbabit dalam kes percukaiannya dan “ahli politik tertentu” melakukan kesalahan itu.

Pada Julai 2020, Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib membayar kerajaan, melalui LHDN, tambahan cukai dan penalti sebanyak RM1.69 bilion.

Ini disusuli notis bankrap yang difailkan LHDN terhadap bekas Presiden Umno itu pada 4 Feb lalu kerana gagal membayar tunggakan cukai tambahan RM1.69 bilion dari 2011 hingga 2017.

Najib bagaimanapun berkata, seseorang kemudian memaklumkan beliau yang isu itu disiasat tiga kali sejak 2018 dan tiada sebarang salah laku ditemui.

Pun begitu, beliau mendakwa ada “pegawai tertinggi LHDN” yang mengarahkan penalti cukai dikenakan kepadanya atas arahan ahli politik tertentu.

Najib berkata, pegawai terbabit turut diarahkan tidak membenarkan kesnya dibawa kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan untuk rayuan dan meneruskan tindakan dengan mengisytiharkan beliau bankrap tanpa memberi peluang kepadanya mempertikaikan penilaian itu.

Katanya, dipercayai mereka yang terbabit itu sudah melanggar Seksyen 167, 192, 196 dan 197 Kanun Keseksaan serta Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, membabitkan penyalahgunaan kuasa serta penggunaan dokumen palsu. FMT

Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya


Sebaran :

Leave a Reply