580,000 isi rumah M40 jatuh ke B40 akibat pandemik – Ismail



Sebaran :

580,000 isi rumah M40 jatuh ke B40 akibat pandemik – Ismail

Sebanyak 20% atau 580,000 isi rumah daripada kumpulan M40 jatuh ke kumpulan B40 susulan susulan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), kata Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, kumpulan M40 terbabit adalah yang berpendapatan antara RM4,850 hingga RM10,959 sebulan.

Ismail berkata, berikutan pandemik Covid-19 dan PKP, kerajaan telah mengkaji kesannya ke atas sosio ekonomi rakyat dengan kajian terbabit merangkumi simulasi kepada data daripada Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES & BA) 2019, serta profil isi rumah 2019 yang kemudian disesuaikan dengan corak taburan isi rumah 2020.



“Fokus kajian ini adalah bagi melihat kesan pandemik Covid-19 ke atas pendapatan isi rumah dan kemiskinan bagi tahun 2020. Berdasarkan kajian ini, insiden kemiskinan mutlak telah meningkat kepada 8.4% daripada 5.6% pada tempoh sama.

“Bagaimanapun, kajian ini tidak mengeluarkan nilai pendapatan garis kemiskinan (PGK) yang baharu yang mana nilai PGK 2019 masih dikekalkan,” katanya dalam jawapan bertulis menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sungai Siput, Kesavan Subramaniam dan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail, di Dewan Rakyat.

Kesavan menanyakan persoalan membabitkan kajian semua PGK oleh kerajaan bagi menggambarkan situasi terkini, manakala Natrah, mengajukan persoalan berkenaan kerajaan akan menilai semula PGK pada 2020 agar selari dengan kadar pengangguran negara dan pertambahan golongan B40.

Ismail ketika mengulas lanjut, berkata konsep PGK makanan berubah daripada keperluan “minimum” kalori kepada keperluan “optimum minimum”, yang menunjukkan peningkatan kualiti item bakul makanan.



“Bagi PGK bukan makanan pula, keperluan kumpulan B20 telah bertambah dari 106 kepada 146 item dan mengambil kira perubahan pola perbelanjaan isi rumah, harga barangan dan perkhidmatan semasa,” katanya.

Beliau berkata, justeru penetapan PGK, kadar pengangguran dan jumlah bilangan B40 adalah menggunakan metodologi yang berbeza, tetapi berkaitan.

“Peningkatan kadar pengangguran akan menyebabkan pendapatan isi rumah miskin dan pendapatan B40 berkurangan, seterusnya meningkatkan bilangan isi rumah yang berada bawah PGK,” katanya.

Sebagai contoh, terdapat isi rumah yang dikategorikan sebagai M40 berdasarkan HIES & BA 2019, mengalami penurunan pendapatan di bawah had pendapatan B40 tahun 2020. FMT



580,000 isi rumah M40 jatuh ke B40 akibat pandemik – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya


Sebaran :


Leave a Reply