Khalid cabar Azmin kekal tanding di Gombak pada PRU15

Sebaran :

Khalid cabar Azmin kekal tanding di Gombak pada PRU15

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mencabar Mohamed Azmin Ali (PN-Gombak) bertanding di kawasan Parlimennya di Gombak pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau membuat cabaran itu selepas membidas sikap Ahli Parlimen yang melompat parti dan mengkhianati mandat rakyat pada PRU14 yang memilih Pakatan Harapan (PH).

“Budaya lompat-melompat dimulakan dengan ‘Langkah Sheraton’, ini jatuhkan kerajaan PH.

“Selepas itu kerajaan di bawah Pagoh (Muhyiddin Yassin) dijatuhkan juga bukan kerana PH, tetapi oleh 14 Ahli Parlimen Umno (yang) tarik sokongan daripada Muhyiddin.

“Ada kemungkinan Bera (Ismail Sabri Yaakob) juga akan dijatuhkan kembali. Kalau itu berlaku itu, (ia) kerana budaya politik yang buruk dan rosak diamalkan sesama mereka,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Khalid berkata, amalan lompat-melompat menghasilkan kerajaan yang lemah dan majoriti amat tipis dan inilah sebabnya undi percaya dilakukan di Parlimen seperti dititahkan Agong.

Dalam pada itu, Khalid berkata beliau setuju supaya diwujudkan undang-undang anti lompat parti.

Beliau berkata, ini kerana amalan lompat parti disifatkan tidak sihat dan menghasilkan kerajaan lemah.

“Awak khianat setelah awak menang. Awak lompat sehingga kerajaan PH pilihan rakyat dijatuhkan.

“Saya cabar Gombak bertanding di Gombak pada PRU15. Saya cabar Bandar Tun Razak (Kamarudin Jaafar) bertanding di Bandar Tun Razak.

“Kamu menang atas sokongan penyokong-penyokong PH. Kamu khianati mereka,” katanya.

Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR sebelum ini bertanding atas tiket PKR pada 2018, tetapi melompat ke parti Bersatu dan menyertai Perikatan Nasional selepas kerajaan PH tumbang disebabkan “Langkah Sheraton”. FMT

Khalid cabar Azmin kekal tanding di Gombak pada PRU15


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya


Sebaran :

Leave a Reply