Usah melatah kelulusan cabutan khas nombor ekor – PAS

Sebaran :

Usah melatah kelulusan cabutan khas nombor ekor – PAS

Semua ahli PAS diminta tidak melatah dengan kecaman warganet di media sosial berhubung kelulusan penambahan cabutan khas nombor ramalan oleh kerajaan.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yakin keputusan itu bukan dibuat pimpinan PAS yang menganggotai Kabinet.

“Saya percaya kelulusan ini bukan dibuat oleh pihak PAS kerana PAS tidak berkuasa penuh dalam kerajaan,” katanya dipetik Malaysiapost hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat mempersoalkan pendirian pimpinan PAS selepas kerajaan melalui Kementerian Kewangan meluluskan cabutan khas daripada lapan sebelum ini, kepada 22 kali setahun untuk semua agensi nombor ramalan.

Razman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, berkata isu berkenaan membabitkan kerajaan persekutuan, oleh itu tidak wajar beliau mengulas lanjut.

“Tetapi, kalau ditanya kepada saya, memang judi bukan untuk orang Islam.

“Sekarang ini, kita ahli-ahli PAS dan orang Islam perlu menjaga diri kita serta masyarakat Islam khususnya supaya tidak melanggar larangan Allah.

“Nombor ramalan ini hanya untuk orang bukan Islam, maka kita orang Islam ada halal dan haram…jadi kita orang Islam jaga orang Islam.”

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dalam jawapan bertulis kepada Mahfuz di Dewan Rakyat mengesahkan kerajaan meluluskan semua permohonan agensi nombor ramalan untuk cabutan khas sebanyak 22 kali untuk tahun ini. FMT

Usah melatah kelulusan cabutan khas nombor ekor – PAS


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya


Sebaran :

Leave a Reply