Gambar bogel gadis bawah umur, Sekolah Antarabangsa jalankan siasatan

Sebaran :

Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (ISKL) melancarkan siasatan dalaman ke atas dakwaan dua pelajarnya terbabit dalam penjualan gambar bogel gadis bawah umur.

“ISKL mengambil perkara ini sangat serius dan sedang menjalankan siasatan dalaman dengan semua pihak berkaitan untuk membuktikan faktanya.

“Disebabkan privasi semua pihak terbabit, ISKL tidak akan mengulas lanjut berhubung perkara ini,” kata sekolah itu menjawab pertanyaan FMT hari ini.

Dalam beberapa catatan Twitter semalam, pengguna akaun @lordeispoc mendakwa dua pelajar lelaki meraih “beribu” dengan menjual gambar bogel dalam platform sembang berkumpulan Discord.

Pengguna itu turut mendakwa seorang daripada pelajar itu mengakui menyebarkan gambar gadis bawah umur, dengan menyiarkan video “pengakuan” selama satu minit 54 saat.

Menurut @lordeispoc, seorang daripada pelajar itu cuba mewajarkan penyebaran gambar bogel itu dengan mendakwa individu lain “kesunyian dan tiada kawan”.

Beberapa gadis yang mendakwa menjadi mangsa dua pelajar lelaki itu turut menceritakan pengalaman mereka dalam talian, dengan berkongsi sejumlah tangkap layar dikatakan individu bertanggungjawab. FMT

Gambar bogel gadis bawah umur, Sekolah Antarabangsa jalankan siasatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya


Sebaran :

Leave a Reply