Resepi Terung Berlado Thai

Resepi Terung Berlado Thai. Rasa Pedas, Masam, Masin Semua Lengkap!

Resepi terung berlado ala Thai perkongsian oleh Noor Fatin Hazwani ini telah meraih hampir 3 ribu perkongsian. Ramai dah cuba, serius sedap! Kalau buat lauk ini, tak perlu lauk lain dah. Satu lauk pun dah cukup berselera, makan pula dengan nasi panas.

Bahan-bahan:

Terung saiz baby
Bawang putih
Bawang holland
Daun ketumbar
Cili
Sos nampla
Lada putih
Garam dan gula
Daun ketumbar

Cara-cara:

Belah dua terung dan bakar atas dapur gas. Bila dibakar terlebih dahulu akan lebih sedap kerana rasa dan aroma berbeza. Jangan hangus pula.
Angkat dan letak dalam pinggan.
Tumbuk bawang putih bersama cili sehingga hancur lumat.
Masukkan juga udang geragau untuk penambah rasa. Tumbuk hancur.
Panaskan kuali, tumis bawang holland sehingga garing.
Bila dah garing, masukkan bahan tumbuk dan kacau.
Kemudian masukkan sos nampla.
Masukkan juga sedikit lada putih, garam dan gula untuk seimbangkan rasa.
Kalau kering, masukkan sedikit air. Akhir sekali masukkan daun ketumbar yang dicincang.
Tuangkan ke atas terung tadi.
Selamat mencuba!

Resepi Noor Fatin Hazwani

Resepi Terung Berlado Thai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Rendang Ayam Minang Sedap

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker