Ibu subahat beri suami rogol anak tiri

Ibu subahat beri suami rogol anak tiri

MUAR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini, menetapkan Januari depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap seorang ibu yang mengaku salah, bersubahat dengan suami merogol anak kandung, kononnya mahu merawat mangsa diganggu makhluk halus, dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim, Abu Bakar Manat, selepas pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan satu tarikh bagi membolehkan pihaknya penyediaan fakta kes berkaitan kejadian itu.

Mengikut pertuduhan, suri rumah berusia 41 tahun itu didakwa bersubahat dengan suaminya didakwa merogol mangsa yang juga anak tiri lelaki itu, ketika berusia 17 tahun, dalam bilik di rumah ibunya, jam 11.30 malam, pada 2021.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 376B kanun sama dan mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Seksyen 109 memperuntukkan hukuman sama bagi kesalahan dikenakan sekiranya tiada peruntukan dinyatakan, manakala Seksyen 376B, penjara sehingga 30 tahun dan juga 10 kali sebatan jika sabit kesalahan.

Suaminya pula didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana merogol anak tiri tetapi tidak mengaku salah dengan semua kejadian dan masa berlaku di tempat sama.

Bagi Seksyen 376B pula, bapa tiri mangsa yang juga seorang buruh boleh dipenjara sehingga 30 tahun serta 10 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Serentak dengan itu, mahkamah menetapkan 30 Januari depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap wanita itu selain sebutan semula kes, serahan dokumen dan juga laporan perubatan berkaitan kes suaminya.

Mahkamah juga memutuskan reman terhadap kedua-dua tertuduh dilanjutkan mengikut Seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah. BH

Ibu subahat beri suami rogol anak tiri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker