Artis ada hak, bukan mengemis – Altimet

Artis ada hak, bukan mengemis – Altimet

Penyanyi rap merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri, Lembah Jaya, Altimet menempelak tindakan segelintir pihak melabel penggiat seni yang memohon Dana Kandungan Digital (DKD) sebagai mengemis.

Jelas pemilik nama lengkap Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, anak seni juga seperti rakyat Malaysia lain yang berhak memohon dana ditawarkan kerajaan.



“Dalam hal ini, tiada unsur mengemis, kalau artis yang memohon dikategorikan mengemis jadi apa status peladang, nelayan yang juga memohon dana?

“Mungkin ada orang kurang senang kerana artis yang memohon tersebut sangat popular, tetapi mereka (netizen) kena lihat apa yang artis itu persembahkan.

“Maksudnya adakah pemberian dana itu dapat membawa pulangan atau tidak dari segi kewangan mahupun impak kepada industri,” katanya.

Tambah Altimet lagi, isu layak atau tidak memohon dana bukan boleh diukur melalui kiraan kuantitatif sebaliknya kualititatif dan kos secara keseluruhan.



“Contohnya konsert artis itu solo, dia mungkin tidak berseorang, kena fikir juga pasukan yang membantu menguruskan menjayakan konsert tersebut, semua itu kena fikir.

“Macam saya, konsert akhir saya pada 2019 beratus orang yang terlibat, jadi semua kru yang terlibat, kena tahu kos dia macam mana.

“Lain orang lain kosnya, jadi terpulang pada artis yang ingin memohon,” katanya ketika ditemui di Galeri Nur Raudhah sempena Sambutan Maulidur Rasul, hari ini.

Disoal adakah hanya artis atau sesiapa sahaja berhak memohon, pelantun lagu Amboi itu berkata setiap dana kerajaan memang sudah dikhaskan kepada bidang masing-masing.



“Dana ini datang daripada kerajaan, secara tidak langsung, memang hak kita semua sebagai warganegara Malaysia, setiap dana sudah ada salurannya dan kelompok yang tertentu layak memohon.

“Jika mahu menidakkan hak sesetengah artis yang memohon dana seolah-olah menidakkan mereka sebagai warganegara yang berhak, jadi kena lihat perkara itu semua.

“Setiap dana ada saluran masing-masing, jika anak seni ada dana khas, jadi mengapa mereka tidak boleh memohon sedangkan itu hak mereka.

Terdahulu, penyanyi Aina Abdul dan Liza Hanim dikecam teruk netizen yang mendakwa kedua artis tersebut mengemis dana kerajaan semata-mata untuk menjayakan konsert.



Susulan itu, kedua-dua penyanyi tersebut tampil memberi penjelasan dan menegaskan bahawa mereka berhak untuk memohon dana tersebut memandangkan ianya adalah peruntukkan khas yang boleh dimohon.

DKD merupakan satu inisiatif di bawah Rancangan Malaysia ke-11 dan ia merupakan kesinambungan Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang dilancarkan pada 2021.

Dana ini bertujuan untuk memperkemaskan dan mempermudahkan penyaluran dana-dana berkaitan industri kandungan kreatif. K Online

Artis ada hak, bukan mengemis – Altimet



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10



Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker