Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Pelakon veteran, Mak Wan Latah tidak dapat menahan sedih apabila berkongsi nasib malangnya yang tidak mendapat tawaran berlakon sejak hampir setahun lalu.

Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimatussa’diah Mohd Daud, 62, berkata dia kini bergantung pada jualan sambal bagi meneruskan kelangsungan hidup.



“Tolonglah sokong dan beli sambal yang saya jual di acara yang berlangsung di Taiping, Perak sehingga Oktober ini.

“Sekarang, saya sudah tiada ‘job’ hampir setahun. Orang tiada dekat dengan saya, jadi tidak tahu apa yang saya alami.

“Saya sudah biasa berlakon dan bekerja. Kalau berlakon dapat bayaran sikit pun Alhamdulillah, tetapi sekarang saya terpaksa berniaga sambal, cari duit untuk meneruskan kehidupan sendiri.

“Saya sedih sebab tiada siapa hubungi saya, tetapi reda mungkin rezeki pada lakonan belum ada lagi. Mungkin rezeki sekarang pada perniagaan.



“Apapun, saya kena teruskan hidup. Takkan saya mahu bersedih dan menangis mengharapkan orang lain,” katanya kepada BH Online.

Mak Wan ditemui pada majlis sambutan 18 Tahun Mstar dan pelancaran program Mstar Baek di Menara The Star, di sini, hari ini.

Terus meluahkan perasaan, Mak Wan berkata, dia sedih dipilih melalui ujian sebesar itu, namun cuba berfikiran positif terhadap semua yang menimpa dirinya.

“Kenapa dugaan dan ujian saya sebesar ini, sedangkan hasil duit lakonan saya mampu hantar emak ke Makkah.



“Dengan kontroversi rumah tangga, saya difitnah. Macam-macam yang saya lalui.

“Saya rasa tidak adil, sedangkan saya tidak buat kepada sesiapa, hanya hendak bekerja. Tak curi ‘job’ sesiapa pun. Inilah yang saya tanggung dalam setahun ini,” katanya.

Justeru, pelakon drama Kekasihku Seru ini berharap penerbit dan produksi memberikannya ruang untuk terus berlakon bagi mencari rezeki.

“Saya harap penerbit kasihanilah saya, berikanlah ‘job’. Memang saya tidak sempurna, ada masa saya tak berapa okay.



“Jujurnya, jika ada tawaran kerja, sekurang-kurangnya saya tidak penat berniaga. Kalau hujan saya tak perlu angkat sambal,” katanya.

Dalam masa sama, Mak Wan memohon jasa baik orang ramai menyokong perniagaan kecilnya.

Terdahulu, Mak Wan terheret dengan kontroversi apabila bekas suaminya mendedahkan pelakon drama 7 Hari Mencintaimu 3 itu mempunyai akhlak tidak baik.

Pendedahan itu disusuli dengan pendedahan lain dibuat seorang wanita di laman Twitter yang mendakwa Mak Wan melakukan sihir kepada neneknya kerana cemburu.



Tidak lama selepas itu, tular video yang merakam gelagat Mak Wan berkaraoke dalam tempoh edah.

Terbaharu, bekas pembantu peribadinya pula tampil mendedahkan perbuatan syirik pelakon itu menerusi beberapa video yang tular dalam aplikasi TikTok. BH

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik

Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker