GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil

GV10:Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil

Baru konsert minggu pertama, gurauan melampau pengacara All Stars Gegar Vaganza (GV) sudah menjadi bualan ramai.

Paling mencuri tumpuan, Nabil Ahmad berseloroh tentang ketiadaan vokalis Exists, Mamat sebagai antara peserta bertanding pada musim istimewa kali ini ketika seorang lagi vokalis kumpulan tersebut, Ezad Lazim berjaya menempatkan diri dalam kalangan 16 peserta GV musim ke-10.



Situasi bermula apabila pengacara bersama, Elly Mazlein bergurau dengan ‘rajuk’ mempersoalkan ketiadaan Mamat dalam pertandingan sedangkan Ezad diundi masuk mengisi kekosongan slot musim kali ini.

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

“Memanglah minat Exists. Ingatkan Mamat,” kata Elly seraya memalingkan wajahnya ke tempat lain dengan liuk manja.



Nabil kemudian mempertahankan Ezad dengan berkata: “Jangan cakap macam tu. Ezad ada kat sini tau. Abang Mamat kita tak dapat sebab dia berada di tempat yang lebih tinggi.”

Gurauan berlapik itu dengan pantas disambut Jihan Muse: “Ah ye, dia (Mamat) tengah hiking.”

Dapat dilihat usai melontarkan kata-kata tersebut, Jihan memberi peringatan menunjuk ke arah Nabil dengan mimik wajah tanpa suara ‘kau ni kan’ barangkali gurauan tersebut tidak sesuai untuk tatapan umum program siaran lansung.

Mengimbau semula, Mamat atau nama sebenarnya, Mohd. Ali Kamarudin merupakan pemenang tempat ketiga musim pertama GV tahun 2014.



Malam tadi bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), 16 bekas peserta GV membuat persembahan konsert minggu pertama demi merebut hadiah lumayan iaitu RM200,000.

Selain bekas-bekas juara, peserta lain yang bertanding atas tiket ‘hot seat’ adalah Tomok (GV9), Suki Low (GV8), Nikki Palikat, Ezad Lazim (GV2), Zamani (GV5) dan Liza Hanim (GV4). K Online

GV10:Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit

Musa Hassan kini suami Qistina



Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah

Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker