Pentas Gegar Vaganza GV10 dipanaskan oleh Jihan Muse, Nabil dan Elly Mazlein

Pentas Gegar Vaganza GV10 dipanaskan oleh Jihan Muse, Nabil dan Elly Mazlein

Pentas All Stars Gegar Vaganza (GV10) riuh apabila menyaksikan gabungan tiga pengacara ‘panas’ iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein bersatu di atas pentas.

Sorakan penonton bergema apabila ketiga-tiga pengacara itu muncul di pentas GV10, sekali gus menjawab teka-teki pengacara yang akan memgendalikan program hiburan nombor satu negara itu.



Nabil dan Jihan sebelumnya merupakan pengacara bagi Gegar Vaganza bermula musim pertama sehingga musim kelapan.

Bagaimanapun, pada musim kesembilan, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom menggantikan Jihan memandangkan dia ketika itu baru sahaja melahirkan anak keduanya pada awal September tahun lalu.

Keserasian Nabil dan Elly Mazlein pada musim lalu meletakkan standard yang tinggi malah penonton mengharapkan kualiti sama ditonjolkan Jihan beriringan mengendalikan program nyanyian kegemaran ramai itu.

Elly undur diri dari GV10



Menjengah seluruh platform media sosial, rata-rata netizen memberi reaksi dan respon positif, sekali gus menyifatkan gabungan Nabil, Jihan dan Elly bakal menghangatkan GV10 setiap minggu.

Malah, netizen turut gembira apabila melihat Jihan kembali mengendalikan pentas GV10 selepas berehat pada tahun lalu.

“Selamat kembali Jihan, gandingan Nabil dan Jihan sangat serasi dan tidak dapat disangkalkan lagi, penyampaian yang bersahaja dan tidak over,” komen netizen.



“Dengan kembalinya Jihan, malam konsert Gegar Vaganza akan menjadi meriah dengan telatah mereka yang gemar mengusik juri. Terbaik,” komen penonton.

Konsert minggu pertama GV10 yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA Shah Alam masih mengekalkan formal asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus barisan juri profesional.

Kesemua peserta diadili oleh maestro muzik tersohor, Datuk Ramli MS, penyanyi legenda terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.

Antara juara-juara yang bertanding bagi GV10 ialah Ayai Illusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).



Peserta yang dinobatkan sebagai Juara GV10 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro. K Online

Pentas Gegar Vaganza GV10 dipanaskan oleh Jihan Muse, Nabil dan Elly Mazlein

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku



Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker