Hampir 1,000 polis Filipina kena pecat

MANILA: Hampir 1,000 polis di Filipina dipecat kerana pelbagai kesalahan sempena kempen untuk menghapuskan salah laku dalam polis, lapor Gulf News.

Data rasmi menunjukkan, seramai 935 pegawai polis, dipecat, sejak Januari 2022 hingga Ogos lalu.

Pemecatan ini berlaku akibat dakwaan mereka terbabit dalam pelbagai aktiviti yang menyalahi undang-undang semasa bertugas dalam pasukan keselamatan.



Ketua Pejabat Penerangan Awam Polis Filipina, Jean Fajardo mendedahkan, beberapa kesalahan ini termasuk terbabit dengan dadah, rompakan, kecurian, peras ugut, pembunuhan dan penculikan.

Katanya, pihaknya sedang menyiasat 3,097 lagi kes sebagai sebahagian daripada komitmen untuk menegakkan integriti dan kredibiliti pasukan keselamatan.

“Mereka yang dipecat ini selepas didapati bersalah atas kesalahan serius.

“Kami tidak akan membiarkan perkara ini (polis terbabit jenayah) dan akan memastikan semua kakitangan yang melakukan kesalahan berat akan dipecat,” katanya.



Katanya, bagi polis yang tidak didapati bersalah, mereka masih menghadapi kes pentadbiran yang mana masih berdepan tindakan termasuk pemecatan daripada perkhidmatan.

Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada keseriusan kesalahan.

Pada masa ini, Polis Filipina mempunyai kira-kira 230,000 polis untuk populasinya yang lebih 100 juta.

Seorang pegawai kanan berkata, kira-kira separuh daripada pasukan polis di negara ini menjalani ujian saringan dadah tahun ini, ketika Polis Filipina meningkatkan usaha “pembersihan dalaman”.



Media tempatan pada 30 Ogos lalu melaporkan, Ketua Polis Kota Mandaluyong, Cesar Gerente diberhentikan daripada jawatannya, selepas dia disahkan positif dadah dalam satu ujian saringan untuk pegawai atasan.

Susulan itu, semua 497 anggota Balai Polis Bandaraya Mandaluyong menjalani ujian dadah secara rawak pada 28 Ogos. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku



Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker