Terkejut tengok bil, wanita Jepun panggil polis

Terkejut tengok bil, wanita Jepun panggil polis

Singapura: Terkedu melihat jumlah bil hidangan ketam dimakan di sebuah restoran di bandar raya ini yang mencecah AS$680 (kira-kira RM3,186), pelancong Jepun memanggil polis untuk campur tangan.

New York Post melaporkan, wanita itu, Junko Shinba memberitahu pegawai polis, dia dan rakannya tidak dimaklumkan dengan betul mengenai harga sebenar hidangan makanan itu.

Sementara itu, lapor AsiaOne, Shinba memesan hidangan ketam cili terkenal di restoran Seafood Paradise, pada 19 Ogos lalu, selepas disyorkan pelayan premis itu.

Katanya, pelayan itu hanya menunjukkan hidangan ketam berharga AS$20 (RM94) tanpa menjelaskan harga itu sebenarnya untuk 100 gram (g).

“Kami tidak dimaklumkan berapa jumlah berat ketam itu sebelum dimasak,” katanya.

Wanita berusia 50 tahun itu berkata, mereka diberikan kira-kira 3,500g hidangan ketam itu dengan harga mencecah AS$680 (kira-kira RM3,186).

“Kami semua buntu apabila mengetahui makan malam untuk empat orang dewasa menelan belanja sebanyak itu,,” katanya.

Katanya, dia meminta pihak Seafood Paradise menghubungi polis,

Menurutnya, kakitangan restoran itu menegaskan tidak mengenakan bayaran berlebihan, malah turut menunjukkan resit daripada pelanggan lain yang memesan hidangan sama.

“Saya turut menghubungi Lembaga Pelancongan Singapura sebelum kes ini dirujuk kepada Persatuan Pengguna Singapura,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Paradise Group berkata, pihaknya bersetuju untuk memberi diskaun kira-kira AS$78 (RM365) kepada pengadu kerana tidak mahu memanjangkan isu.

Mereka turut menafikan dakwaan wanita itu kononnya tidak dimaklumkan harga sebenar untuk hidangan terbabit. HM

Terkejut tengok bil, wanita Jepun panggil polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia raba dada saya – Sarimah

Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi

Tudung Nelydia Senrose terbang?

Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker