Perkenal semula Kedai Rakyat 1Malaysia – Pemuda UMNO

#RinduZamanNajib

Perkenal semula Kedai Rakyat 1Malaysia – Pemuda UMNO

Pemuda Umno meminta Putrajaya mempertimbang mewujudkan semula kedai menjual barangan pada harga murah seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, pada masa rakyat dihimpit kenaikan kos sara hidup, ramai menyedari premis diperkenalkan menerusi pentadbiran Najib Razak itu “kedai terbaik” untuk rakyat marhaen.



“Moga kerajaan kali ini dapat mewujudkan semula kedai seperti ini khas untuk warganegara Malaysia sahaja.

“Terima kasih Najib Razak atas usaha yang terbaik ini,” menurut Akmal yang juga exco Melaka dalam hantaran di Facebook diikuti #RinduZamanNajib.

KR1M, sebuah inisiatif bawah pentadbiran Barisan Nasional, dirasmikan pada 2011 oleh Najib, perdana menteri ketika itu.

Projek rintis model KR1M bermula di Stesen LRT Kelana Jaya kemudian diperluas ke kawasan rumah kos rendah seperti PPR dan flat, sejajar dengan matlamatnya membantu golongan B40 di kawasan bandar.



Harga barangan yang dijual di KR1M 30% lebih rendah daripada harga pasaran.

KR1M ditutup pada 2017 selepas kontrak pengendalinya, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) ditamatkan. FMT

Perkenal semula Kedai Rakyat 1Malaysia – Pemuda UMNO

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)

La Luna ada unsur soft porn?



Bapa Mondy minta maaf

Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker