Belanjawan2024: Cuepacs minta kenaikan gaji RM300

Belanjawan2024: Cuepacs minta kenaikan gaji RM300

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak RM300 pada pembentangan Belanjawan 2024, bulan depan.

Kesatuan itu turut berharap kerajaan dapat memberikan bonus minimum satu bulan setengah, yang diterima kali terakhir pada 2012.



Presidennya Adnan Mat berkata kenaikan itu diharap diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sementara menunggu Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dilaksanakan pada 2025.

“Kenaikan gaji secara tambahan sebanyak RM300 perlu diberikan bagi membantu penjawat awam menghadapi peningkatan kos sara hidup semasa.

“Kenaikan ini juga boleh meningkatkan gaji bersih (take-home pay) serta memberi kelegaan kepada penjawat awam sementara menunggu tempoh sistem saraan baharu dilaksanakan pada 2025,” katanya dalam kenyataan.

Berhubung pemberian bonus, Adnan berkata selepas 2012, mereka hanya menerima bantuan khas kewangan.



“Sudah lama penjawat awam menunggu perkataan bonus ini, tetapi ia tidak kunjung tiba walaupun sudah lebih 11 tahun menunggu.

“Cuepacs memahami kekangan kerajaan tetapi pada masa sama penjawat awam juga perlu ihsan daripada kerajaan dan dalam masa sama mampu meningkatkan motivasi dalam pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya turut memohon diskaun pembayaran cukai pendapatan kepada semua penjawat awam sekurang-kurangnya 30% dan meningkatkan jumlah pengiraan pencen kepada jumlah tahun perkhidmatan sehingga 35 tahun bagi memaksimumkan pencen.

“Ketika ini pengiraan pencen penjawat awam adalah terhad kepada terhad kepada 360 bulan atau 30 tahun tempoh perkhidmatan.



“Bagi tempoh perkhidmatan lebih 30 tahun dan ke atas, pengiraan pencen bulanan diambil terus 60% dari gaji pokok akhir atau 3/5 daripada gaji pokok akhir,” katanya.

“Situasi ini akan mengakibatkan mereka yang berkhidmat lebih daripada 30 tahun tidak dapat menikmati jumlah maksima pencen berdasarkan perkhidmatan mereka.” FMT

Belanjawan2024: Cuepacs minta kenaikan gaji RM300

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla

Pengacara popular tak bayar gaji staff?



Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)

Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker