Gaji pekerja industri komputer, IT meningkat paling tinggi

Gaji pekerja industri komputer, IT meningkat paling tinggi

Industri komputer dan teknologi maklumat (IT) mengalami pertumbuhan gaji median tertinggi dengan peningkatan 28 peratus daripada RM3,750 kepada RM4,800, demikian menurut laporan Panduan Gaji 2023 yang diterbitkan oleh platform pekerjaan dalam talian terkemuka di Malaysia, JobStreet.

Peranan pakar komputer dan IT juga mempunyai gaji median tertinggi antara semua pengkhususan iaitu RM6,000.



Laporan terkini itu berkata, penekanan serta permintaan untuk golongan profesional IT ini tidak mengejutkan, memandangkan ekonomi digital terus berkembang di Malaysia.

Katanya, walaupun terdapat bilangan iklan pekerjaan yang lebih rendah dalam industri, pampasan untuk jawatan peringkat kemasukan, eksekutif kanan dan pengurus semuanya mencatatkan peningkatan dari tahun ke tahun.

“Aliran ini mengetengahkan permintaan kukuh untuk profesional IT peringkat kemasukan, sekal igus meningkatkan gaji meskipun berhadapan dengan potensi pasaran pekerjaan yang mencabar,” katanya.

Laporan oleh JobStreet itu menambah, ketika kerjaya komputer dan IT adalah pengkhususan bergaji tertinggi, industri komputer dan IT korporat turut mengalami pertumbuhan gaji yang tinggi, iaitu sebanyak 57.4 peratus, jauh mengatasi industri kedua tertinggi iaitu perkhidmatan komunikasi (7.7 peratus).



Sebaliknya, golongan profesional perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang pakar dalam komputer dan IT mengalami penurunan gaji sebanyak 10.3 peratus.

Pengarah Urusan JobStreet Malaysia, Vic Sithasanan, berkata peningkatan tumpuan Malaysia ke arah inisiatif transformasi digital, dirangsang oleh desakan berterusan dari pihak kerajaan dalam bidang ini, berkemungkinan menjadi punca lonjakan permintaan untuk peranan IT.

Walau bagaimanapun, katanya pemberhentian pekerja yang memberi kesan kepada syarikat teknologi utama di seluruh dunia pada awal tahun ini juga jelas menunjukkan bahawa pertumbuhan ini mungkin tidak boleh bertahan dalam jangka panjang.

“Sebaik-baiknya, pembaharuan pendidikan di seluruh Malaysia harus dilaksanakan bagi membentuk asas yang kukuh untuk melahirkan lebih ramai pakar IT yang mahir dalam jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan.



Laporan oleh JobStreet itu mendapati, industri pembuatan turut mengalami sedikit pertumbuhan, dengan menyiarkan jumlah iklan pekerjaan tertinggi untuk tahun kedua berturut-turut, peningkatan sebanyak 12.6 peratus pada tahun ini.

“Ini adalah sejajar dengan pengembangan industri yang stabil dan berterusan, walaupun gaji yang ditawarkan kebanyakannya kekal tidak berubah,” katanya.

Syarikat juga mungkin sedang mengembangkan pasukan dan mengalihkan tumpuan mereka ke arah pertumbuhan perniagaan dan jualan, kerana iklan pekerjaan untuk pengkhususan jualan dan pemasaran terus melonjak, apabila meningkat 43.6 peratus bagi menandakan lebih 76,000 iklan pekerjaan dihantar iaitu yang tertinggi merentas semua pengkhususan untuk tahun kedua berturut-turut.

Kedudukan peringkat kemasukan terutama untuk pengkhususan jualan dan pemasaran menunjukkan pertumbuhan tertinggi iaitu 20 peratus, tetapi yang menariknya, industri pemasaran dan pengiklanan menyaksikan penurunan gaji bersih sebanyak 2.2 peratus secara keseluruhan sebagai perbandingan.



Sementara itu, sektor makanan dan minuman (F&B) mencatatkan penurunan gaji merentas semua peringkat jawatan, kecuali pengurus kanan.

Eksekutif kanan dalam industri itu mengalami penurunan gaji yang paling ketara (18.8 peratus) berbanding semua jawatan dan industri lain, manakala jawatan peringkat kemasukan bermula pada tahap yang hampir tidak melebihi gaji minimum, iaitu RM1,600. BH

Gaji pekerja industri komputer, IT meningkat paling tinggi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla

Pengacara popular tak bayar gaji staff?



Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)

Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker