Bakar al-Quran kononnya kebebasan bersuara adalah diskriminasi

Bakar al-Quran kononnya kebebasan bersuara adalah diskriminasi

New York: Pemimpin Islam yang berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mengecam Barat berhubung insiden pembakaran Al-Quran, dengan mengecam tindakan itu yang berlindung di sebalik kebebasan bersuara, sebagai diskriminasi.

Sweden menyaksikan beberapa siri pembakaran kitab suci umat Islam itu, dengan kerajaannya menyuarakan kecaman tetapi mengatakan ia tidak boleh menghentikan tindakan yang dilindungi di bawah undang-undang mengenai kebebasan bersuara.



Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan – yang memberi tekanan selama berbulan-bulan ke atas Sweden atas sambutannya kepada aktivis Kurdish yang dilihat Turki sebagai pengganas – berkata, negara-negara Barat menyaksikan “wabak” perkauman termasuk Islamofobia.

“Ia mencapai tahap yang tidak boleh diterima,” katanya pada perhimpunan itu.

“Malangnya, ahli politik populis di banyak negara terus bermain api dengan menggalakkan trend berbahaya seperti itu,” katanya.

Protes di Sweden yang membabitkan insiden pembakaran Al-Quran dianjurkan oleh pelarian, Salwan Momika, mencetuskan kemarahan di Timur Tengah termasuk negara asal lelaki itu iaitu Iraq.



Erdogan pada Julai berkata, beliau akan menarik balik sekatan ke atas usaha Sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) tetapi Parlimen Turkiye belum lagi mengesahkan keahlian negara itu.

Presiden Iran Ebrahim Raisi, pula memegang Al-Quran di pentas di PBB.

“Api rasa tidak hormat tidak akan mengatasi kebenaran Ilahi,” kata Raisi, menuduh Barat berusaha untuk “mengalihkan perhatian dengan alat kebebasan bersuara.”

“Islamofobia dan budaya apartheid yang disaksikan di negara-negara Barat – terbukti dalam tindakan daripada mencemarkan Al-Quran hingga larangan hijab di sekolah – dan banyak lagi diskriminasi yang menyedihkan tidak layak untuk maruah manusia,” kata Raisi.



Dia merujuk kepada situasi Perancis, yang secara kontroversi mengharamkan gadis Islam memakai hijab di sekolah.

Emir Qatar, kerajaan kaya yang mempunyai hubungan rapat dengan Barat dan dunia Islam yang lain, dalam ucapannya pula berkata, “mengkompromi kesucian orang lain dengan sengaja” tidak seharusnya dilihat sebagai kebebasan bersuara. HM

Bakar al-Quran kononnya kebebasan bersuara adalah diskriminasi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)

La Luna ada unsur soft porn?



Bapa Mondy minta maaf

Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker