Akaun IG Che Ta lesap

Akaun IG Che Ta lesap

SELEBRITI popular iaitu Rozita Che Wan bingung dan kecewa apabila Instagram (IG) miliknya atas nama @rozitachewan1 digantung atas alasan kononnya melakukan aktiviti agresif selain tidak mengikuti garis panduan komuniti ditetapkan sejak 15 September lalu.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia turut menerima emel daripada pihak IG untuk mengambil tindakan segera termasuk melakukan rayuan jika tidak mahu kehilangan akaun berkenaan.



“Sejak akaun digantung, saya sudah melakukan banyak kali rayuan. Namun belum berhasil.

“Malah saya juga sudah beberapa kali menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meminta pertolongan. Tapi kecewa kerana panggilan saya tidak pernah dijawab,” katanya kepada URTV.

Kata Rozita atau Che Ta lagi, dia diberi tempoh masa hingga 13 Mac 2024 untuk membuat rayuan bagi mendapatkan kembali akaun IG tersebut.

Kata Che Ta yang bakal muncul dengan filem Mat Kola arahan Hafiz Nafiah pada 21 September (esok), dia hampir buntu mengenangkan nasib dan ujian yang menimpa dirinya.



“Selama ini dengan IG jugalah saya menjana pendapatan dan beroleh rezeki menjual produk keluaran sendiri iaitu by RCW.

“Saya juga melakukan ulasan promosi produk di platform sama.

“Tapi sudah jadi begini, siapa yang tak sedih. Kini buat sementera waktu, saya guna platform media sosial lain seperti TikTok,” ujarnya.

Che Ta yang pernah meledak menerusi watak Kiah Pekasam berkata, hingga kini dia tidak putus harap dan berdoa semoga dapat kembali memiliki akaun IG berkenaan.



“Tak mampu bayangkan jika akaun IG itu ‘lesap’ begitu saja. Sehingga kini IG saya sudah mempunyai 5.2 juta pengikut.

“Dari kerendahan hati dan diri, saya berharap akaun IG itu akan saya perolehi semula.

“Kalau ada pihak yang boleh membantu saya mendapatkan semula akaun IG itu, saya amat hargai.

“Mungkin mereka boleh hubungi kawan saya atau menghantar mesej langsung ke akaun IG anak, suami atau teman rapat saya,” luahnya.



Sementara itu, menerusi penampilannya dalam filem Mat Kola, Che Ta memberitahu dia menerima tawaran lakonan dalam filem komedi berkenaan memandangkan ia menggunakan bahasa dialek utara.

Filem berkenaan akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 21 September ini.

Akaun IG Che Ta lesap

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)

La Luna ada unsur soft porn?



Bapa Mondy minta maaf

Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker