Anis Rizana KP kastam wanita pertama

Anis Rizana KP kastam wanita pertama

Kerajaan mengumumkan pelantikan Anis Rizana Mohd Zainudin sebagai ketua pengarah kastam baharu berkuat kuasa hari ini.

Anis menggantikan Zazuli Johan yang dilantik ke jawatan itu pada 8 Julai tahun lalu.



Pelantikan berkenaan menjadikannya wanita pertama dilantik mengetuai jabatan di bawah Kementerian Kewangan itu.

Mengumumkan pelantikan itu, Ketua Setiausaha Negara Zuki Ali dalam kenyataan, berkata Anis, 54, mempunyai pengalaman 29 tahun dalam perkhidmatan awam dengan jawatan terakhir timbalan ketua setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Kementerian Kewangan.

“Beliau berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk pelaburan import eksport, penyelidikan dan pembangunan dasar, ekonomi, pengurusan dan kewangan.

“Saya percaya dengan pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki Anis Rizana mampu menerajui agensi yang amat penting dalam pengutipan hasil kerajaan dengan cemerlang,” katanya. FMT



Anis Rizana KP kastam wanita pertama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit



Musa Hassan kini suami Qistina

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah



Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker