Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam

Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam

“Menantu aku.”

Itu antara dialog makan dalam daripada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam yang membuat kejutan tampil sebagai artis jemputan dalam program Sepahtu Reunion bersama menantunya, Puteri Sarah Liyana malam tadi.



Yusof yang muncul pada minit terakhir persembahan turut menuai sorakan penonton apabila bergurau, mengakui Puteri Sarah berdepan godaan ramai lelaki sejak disahkan bercerai pada Jun lalu.

“Aku sedar, sejak menantu aku bergelar janda, ramai yang nak ‘try’ (cuba mengurat).

“Jangan ‘try’, dia baru lagi (cerai), tak manis,” katanya yang memegang watak sebagai bapa mentua Sarah pada persembahan tersebut.


Baca Artikel Menarik:

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah




Selain Yusof, kehadiran pelakon Indonesia yang juga rakan perniagaan Puteri Sarah iaitu Andi Arsyil sebagai penonton juga turut menuai perhatian ramai.

Kemunculan Yusosf seterusnya mendapat pelbagai respons daripada netizen dan rata-ratanya memuji hubungan baik yang masih terjalin walaupun Sarah sudah bercerai dengan Syamsul Yusof.

“Sebak tengok Yusof peluk Puteri Sarah, bagusnya layanan dia menantu dia.



“Walaupun sudah berpisah dengan anak dia, Yusof tetap menyebut Puteri Sarah sebagai menantu dia. Mentua dari syurga.

“Kalau ada yang nak masuk meminang Puteri, kena hadap dua orang ayah yang sayang dia,” komen netizen.

Puteri Sarah, 38, dan Syamsul, 39, bercerai secara rasmi pada 12 Jun lalu dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul dan Sumayyah. K Online



Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam


Baca Artikel Menarik:

Ibarat beri kereta kepada monyet – TMJ

 



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku



Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker