Jawab di akhirat nanti – Ubai

Jawab di akhirat nanti – Ubai

Pempengaruh media sosial, Ubai MZ kesal apabila status rumah tangganya dengan penyanyi Shila Amzah menjadi bahan permainan segelintir individu yang disifatkannya sebagai melampau.

Kata pemilik nama sebenar Muhammad Ubaidilah Mohd. Zulkefli itu, dia dan isteri tidak menyangka perkahwinan yang masih dalam fasa bulan madu berdepan fitnah dahsyat sedemikian.



“Saya tidak akan ambil apa-apa tindakan kepada individu yang mendakwa perkahwinan kami di ambang perceraian kerana sudah kerap sangat berdepan pelbagai spekulasi.

“Namun, kali ini memang teruk. Kami baru sahaja kahwin tapi sudah difitnah akan berpisah. Harapnya selepas ini tiada lagi yang melemparkan tuduhan tidak berasas,” katanya.

Ubai memaklumkan, dia mengetahui tentang penerbitan artikel sebuah portal tentang rumah tangganya selepas rakan terdekat bertanyakan khabar.

“Saya terkejut apabila kawan tanya ‘saya okeykah?’ Rupa-rupanya dia merujuk kepada spekulasi dalam penulisan tersebut.



“Selepas itu baru saya memberitahu isteri. Kami tidak sangka dalam zaman begini ada orang masih bermodalkan fitnah tanpa usul periksa,” uajrnya lagi.

Bagaimanapun, Ubai belum terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang kerana enggan berdepan proses selain yakin individu terbabit belum tentu dapat membayar saman.

“Pada mereka yang sesuka hati menabur fitnah, di dunia mungkin akan terlepas tetapi menjawablah di akhirat kelak.

“Jangan kalau sudah sampai bermacam alasan pula diberi. Berfikir dengan waras sebelum menyebarkan perkara yang tidak betul,” tutur pempengaruh yang berusia 25 tahun itu.



Minggu lepas, Ubai dan Shila terpalit dengan kontroversi yang mendakwa rumah tangga mereka dikatakan bakal bercerai. K Online

Jawab di akhirat nanti – Ubai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit

Musa Hassan kini suami Qistina



Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah

Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker